Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

198) BAS AWAM

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan syarikat bas awam yang beroperasi di Selangor mengikut PBT.

    Senarai syarikat yang menjalankan perkhidmatan bas henti-henti di Negeri Selangor mengikut PBT seperti yang dibekalkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai pihak yang berwajib dalam hal perkhidmatan pengangkutan awam darat adalah seperti di Lampiran 1.

    SENARAI SYARIKAT PENGUSAHA BAS AWAM DI NEGERI SELANGOR

     

    BIL. PBT PENGUSAHA BAS AWAM
    1. MBSA

    Empat (4) syarikat bas

    1.    Rapid KL Sdn. Bhd.

    2.    Seranas Sdn. Bhd.

    3.    City Liner Sdn. Bhd.

    4.    Selangor Omnibus Co. Bhd

    2. MBPJ

    Satu (1) syarikat bas

    1. Rapid KL Sdn. Bhd.
    3. MPSJ

    Dua (2) syarikat bas

    1. Metrobus Nationwide Sdn. Bhd.

    2. Rapid KL Sdn. Bhd.

    4. MPKj

    Lapan (8) syarikat bas

    1.    Rapid KL Sdn. Bhd.

    2.    Metrobus Nationwide Sdn. Bhd

    3.    Perkhidmatan Hafeena Sdn. Bhd.

    4.    Desa Melenia

    5.    Road Liner Sdn. Bhd.

    6.    City Liner Sdn. Bhd.

    7.    Uptownace (M) Sdn Bhd

    8.    Le Trans (Bas Bakti Sdn. Bhd.)

    5. MPS

    Enam (6) syarikat bas

    1.    Setara Jaya Bhd.

    2.    Komuniti Transport Sdn. Bhd.

    3.    Uptownace (M) Sdn. Bhd.

    4.    Metrobus Nationwide Sdn. Bhd.

    5.    Kenderaan Bas Mara Selangor

    6.    Ashaco Sdn. Bhd.

    6. MPK

    Lima (5) syarikat bas

    1.    City Liner Sdn. Bhd. (Transnasional)

    2.    Rapid KL Sdn. Bhd.

    3.    Seranas Sdn. Bhd.

    4.    Wawasan Sutera Travel & Tours Sdn. Bhd.

    7. MPAJ

    Dua (2) syarikat bas

    1.    Rapid KL Sdn. Bhd.

    2.    Metrobus Nationwide Sdn Bhd

    8. MPSp

    Empat (4) syarikat bas

    1.    Eco Coach & Tours (M) Sdn. Bhd.

    2.    Sepang Omnibus Co Sdn. Bhd.

    3.    Wawasan Sutera Travel & Tours Sdn. Bhd.

    4.    DTS Cyberjaya – Cyberview Sdn. Bhd.

    9. MDKS

    Dua (2) syarikat bas

    1.    City Liner Sdn. Bhd.

    2.    Selangor Omnibus Co Bhd.

     

     

    10. MDKL

    Dua (2) syarikat bas

    1.    Mara Holding (MaraCorp Sdn. Bhd.)

    2.    Seranas Sdn. Bhd.

    11. MDSB

    Satu (1) syarikat bas

    1. Sri Theven Travel & Tours Sdn. Bhd.
    12. MDHS

    Dua (2) syarikat bas

    1.    City Liner Sdn. Bhd.

    2.    Mara Liner Sdn. Bhd.

     

    **Sumber: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD)

  2. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mengadakan hotline aduan terhadap perkhidmatan bas awam di Selangor? Jika tidak, nyatakan sebabnya

    Pendaftaran dan pelesenan perkhidmatan pengangkutan awam darat termasuk pengusaha perkhidmatan bas adalah di bawah bidang kuasa dan fungsi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk mengadakan talian hotline aduan terhadap perkhidmatan bas awam di Selangor berikutan pada masa sekarang, permasalahan aduan berkaitan perkhidmatan bas awam ditangani oleh pihak SPAD.

  3. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk memastikan bas awam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada kawasan luar bandar?

    Elemen pemantauan dan penguatkuasaan terhadap perkhidmatan pengangkutan awam darat juga adalah di bawah bidang kuasa dan fungsi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). SPAD sebagai pihak yang berwajib dalam hal perkhidmatan pengangkutan awam darat sedang melaksanakan projek Stage Bus Service Transformation (SBST) atau Skim Transformasi Bas Henti-Henti dalam memastikan pengusaha bas awam memberikan khidmat yang terbaik kepada pengguna. Projek SBST akan dilengkapi dengan sistem pemantauan terhadap setiap bas henti-henti yang beroperasi bagi memastikan keseluruhan ‘trip’ yang ditetapkan dipenuhi. Semua pengusaha bas henti-henti yang terlibat akan diagihkan dengan laluan yang sama rata termasuk ‘social route’.

Lampiran

Tiada Lampiran.