Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

17) BARU EKONOMI (MBE) MALAYSIA & KESAN KEPADA SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan `Greater Kuala Lumpur`?

    Greater Kuala Lumpur / Klang Valley’ ( KL / KV) telah diiktiraf di peta dunia sebagai antara bandar ikon  di Asia Tengara. Dengan bangunan pencakar langit seperti Menara Berkembar Kuala Lumpur, kawasan Kuala Lumpur / Lembah Klang ini boleh dikatakan sangat lengkap dengan sistem perhubungan dan infrastruktur yang berkualiti tinggi dan lengkap kepada penduduk. Menyedari persaingan yang tinggi telah berlaku dari bandar – bandar besar sekitar negara-negara jiran, kekangan yang dihadapi oleh Kuala Lumpur / Lembah Klang adalah bandar-bandar negara jiran yang jauh lebih pesat dan maju, masalah sistem pengangkutan awam yang masih tidak mencukupi serta aset semula jadi yang masih tidak digembleng sepenuhnya dan merugikan. Menyedari permasalahan tersebut, maka projek Greater KL / KV telah dimasukkan sebagai salah satu agenda di dalam Bidang Ekonomi Utama Negara atau NKEA.  Dengan itu, adalah diharapkan Greater KL / KV akan membantu menyumbang Keluaran Negara Kasar (GNI) negara sebanyak sekitar RM258 hingga RM650 bilion secara tahunan sehingga tahun 2020, meningkatkan jumlah pekerjaan dari 2.5 juta pada tahun 2010 kepada 4.2 juta menjelang tahun 2020, dan mencapai ranking Top 20 di dalam kajian Indeks Kesesuaian Mendiami oleh  Economist Intelligence Unit (EIU).

  2. Apakah kesannya kepada ekonomi negeri Selangor?

    Terdapat empat kesan utama Greater KL / KV kepada ekonomi Selangor secara keseluruhan. Pertama, Greater KL / KV sebagai magnet untuk menarik syarikat – syarikat antarabangsa dan multi-nasional yang dinamik dan berdaya saing melabur dan bertapak di kawasan Greater KL / KV . Ini akan disokong dengan program migrasi dalaman dan luaran bagi meningkatkan populasi kepada 10 juta penduduk menjelang tahun 2020. Kedua, projek ini akan menguatkan jaringan perhubungan antara kawasan Greater KL / KV dengan pelaksanaan projek Kereta api Berkelajuan Tinggi Tanpa Henti yang menghubungkan Greater KL / KV terus ke Singapura. Selain itu, Sistem Aliran Sederhana (MRT) juga akan diwujudkan bagi menambah baik sistem perhubungan awam di Greater KL / KV untuk memacu ekonomi negeri Selangor. Ketiga, Greater KL / KV juga akan mengenal pasti tempat-tempat yang berpotensi tinggi untuk dijadikan sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara. Selain itu, tempat-tempat awam juga akan ditambah elemen ‘kehijauan’ dengan menggunakan alam semula jadi seperti

    pokok, dedaun dan bunga sebagai landskap untuk meningkatkan lagi kualiti hidup penduduk. Keempat, sistem perkhidmatan akan ditambah baik secara berterusan demi menjadikan Greater KL / KV sebagai Kawasan Mesra Didiami. Ini juga bermaksud penambahbaikan sistem pengurusan kumbahan sisa pepejal.

     

  3. Adakah sebarang rundingan antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri Selangor untuk bekerjasama mengenai MBE Malaysia?

    Di dalam melaksanakan Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) Greater KL / KV ini, Kerajaan Negeri Selangor telah dijemput menganggotai jawatankuasa pemandu ( Steering Committee ) Greater KL di mana melibatkan keanggotaan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor seta YB Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Ahli Jawatankuasa. Pelbagai rundingan dan mesyuarat telah dan akan dilaksanakan dari masa ke semasa bagi memastikan sembilan Entry Point Projects (EPP) bawah Greater KL / KV ini dapat dilaksanakan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.