Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

169) BARANGAN KITAR SEMULA

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pihak PBT menyediakan garis panduan dan mengawal aktiviti pengusaha barangan kitar semula?

    Semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor menyediakan garis panduan dan syarat-syarat tertentu bagi mengawal aktiviti pengusaha barangan kitar semula. Berikut adalah contoh syarat-syarat yang diguna pakai oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi pengusaha-pengusaha barangan kitar semula :

    1. Beroperasi di kawasan industri
    2. Perlu mendapatkan permit daripada pihak polis
    3. Memohon lesen daripada pihak Majlis (PBT) serta mematuhi syarat-syarat khas Pelesenan
  2. Nyatakan statistik bilangan pengusaha terbabit mengikut daerah?

    Berikut adalah statistik bilangan pengusaha barangan kitar semula mengikut PBT:

    PBT JUMLAH PENGUSAHA BARANGAN KITAR SEMULA
    MBSA 72
    MPSJ 54
    MPAJ 3
    MPS 8
    MPKj 47
    MPSp 31
    MDKL 79
    MDHS 34
    MDSB 37
    JUMLAH 365
  3. Apakah terdapat aduan atau siasatan pengusaha yang terlibat membeli barangan lusuh curi?

    Buat masa ini PBT di negeri Selangor tidak menerima sebarang aduan berhubung kes curi yang melibatkan pengusaha premis-premis barangan lusuh.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.