Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
78) BANTUAN ZAKAT UNTUK WARGA PPR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Perumahan PPR di Seksyen 8 Kota Damansara dan Taman Putra Damai, Lembah Subang diduduki oleh keluarga-keluarga yang berpendapatan rendah . Berapakah bilangan keluarga yang menerima bantuan zakat di perumahan PPR Kota Damansara dan Putra Damai . Lembah Subang ?
- Bilangan keluarga yang menerima bantuan zakat di perumahan PPR Kota Damansara adalah seramai 15 orang asnaf fakir dan 73 orang asnaf miskin. Bagi PPR Putra Damai Lembang Subang pula seramai 28 asnaf fakir dan 107 orang asnaf
-
Adakah pihak zakat mengenakan apa jua syarat khas untuk penduduk PPR ini untuk layak menerima bantuannya?
- Lembaga Zakat Selangor (MAIS) hanya menggunakan garis panduan & syarat kelayakan agihan zakat yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor