Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
91) BANTUAN WANG TUNAI KEPADA MASJID DAN SURAU SEMPENA
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menaikkan nilai bantuan tersebut pada tahun ini?
Tidak, masih mengekalkan jumlah sumbangan moreh bulan ramadhan seperti tahun 2018 iaitu RM1250.00 kepada masjid, RM1000.00 kepada surau solat jumaat dan surau kariah. Namun, pemberian moreh pada tahun 2019 ini akan menumpukan kepada masjid dan surau yang kurang mempunyai pendapatan disebabkan oleh kekurangan peruntukan Jabatan untuk diagihkan pada tahun 2019.
-
Adakah bantuan ini akan diserahkan melalui ADUN kawasan?
Penyaluran bantuan ini akan dibuat melalui EFT ke akaun masjid dan surau oleh Pejabat Perbendaharaan Negeri Selangor.