Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
228) BANTUAN USAHAWAN ASNAF LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah terkini penerima bantuan usahawan asnaf zakat dan yang telah berjaya keluar daripada senarai asnaf zakat sehingga Julai 2016?
Berikut merupakan jumlah penerima bantuan modal perniagaan yang telah keluar kategori asnaf fakir dan miskin dari tahun 2013-2015:
*JUMLAH PENERIMA BANTUAN MODAL PERNIAGAAN YANG KELUAR KATEGORI ASNAF FAKIR DAN MISKIN DARI TAHUN 2013-2015
TAHUN BANTUAN MODAL PERNIAGAAN (ORANG) 2013 250 2014 221 2015 173 *Nota: Bilangan usahawan yang keluar daripada kategori asnaf fakir dan miskin untuk tahun 2016 akan diperoleh pada penghujung tahun 2016.
-
Apakah program atau usaha Kerajaan Negeri kepada usahawan asnaf yang gagal dalam perniagaan?
Usahawan asnaf fakir dan miskin yang menerima bantuan perniagaan dari LZS akan dipantau dari semasa ke semasa. Sekiranya mereka gagal, bantuan perniagaan akan dihentikan. Namun bantuan zakat lain akan terus disalurkan bergantung kepada syarat dan kelayakan.