Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
287) BANTUAN USAHAWAN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan negeri sebelum ini ada memberi bantuan alatan untuk usahawan memulakan usaha niaga. Nyatakan mereka yang telah menerima bantuan tersebut mengikut daerah dan kos terbabit?
Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan hanya menawarkan bantuan mengembangkan perniagaan yang telah beroperasi. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor di bawah Program MES melalui MiMBAR dan SKIMSEL menawarkan bantuan memulakan usaha niaga dan bantuan memulakan
Sehingga Oktober 2013, jumlah peminjam yang diluluskan oleh MiMBAR adalah seramai 5,731, Jumlah pembiayaan yang telah diluluskan ialah RM11,460,200.00
Jadual bilangan peserta dan jumlah pembiayaan mengikut kawasan PBT dan DUN:
PBT
DUN
Bil Peserta
Jumlah Lulus (RM)
MBPJ Bukit Gasing 1 3,000 Bukit Lanjan 103 194,000 Damansara Utama 3 6,500 Kampung Tunku 1 2,000 Kota Damansara 339 641,000 PBT
DUN
Bil Peserta
Jumlah Lulus (RM)
Paya Jaras 158 316,500 Seri Setia 79 150,000 Taman Medan 219 445,000 Jumlah MBPJ 903 1,758,000 MBSA Batu Tiga 290 578,500 Kota Anggerik 102 210,500 Sri Muda 197 391,000 Jumlah MBSA 589 1,180,000 MPAJ Bukit Antarabangsa 69 136,500 Chempaka 126 259,000 Hulu Kelang 142 307,200 Lembah Jaya 257 524,000 Teratai 50 104,500 Jumlah MPAJ 644 1,331,200 MPK Ijok 3 3000 Jeram 27 32,500 Kota Alam Shah 39 87,000 Meru 400 803,000 Pandamaran 33 66,000 Pelabuhan Klang 182 354,000 Selat Kelang 202 400,000 Sementa 250 489,000 PBT
DUN
Bil Peserta
Jumlah Lulus (RM)
Seri Andalas 221 395,500 Sijangkang 3 3,500 Sungai Pinang 94 182,000 Jumlah MPK 1,454 2,815,500 MPKJ Balakong 162 337,000 Bangi 108 196,500 Dusun Tua 56 107,500 Kajang 202 382,000 Semenyih 20 36,000 Seri Kembangan 29 54,500 Jumlah MPKJ 577 1,113,500 MPS Batu Caves 318 686,500 Gombak Setia 256 545,000 Kuang 171 372,000 Rawang 185 396,000 Taman Templer 122 249,000 Jumlah MPS 1052 2,248,500 MPSJ Kinrara 112 227,500 Seri Serdang 182 342,000 Subang Jaya 63 118,500 Jumlah MPSJ 357 688,000 PBT
DUN
Bil Peserta
Jumlah Lulus (RM)
MPSP Dengkil 107 201,500 Sungai Pelek 47 123,000 Tanjong Sepat 1 1,000 Jumlah MPSP 155 325,500 JUMLAH KESELURUHAN
5,731
11,460,200
-
Apakah kesan positif hasil bantuan yang telah diberikan?
Kesan positif hasil bantuan yang telah diberikan ialah masyarakat terutama golongan peniaga kecil merasakan mereka mempunyai platform mendapatkan bantuan pinjaman perniagaan tanpa menanggung bebanan kerana ini merupakan satu-satunya program yang tidak mengenakan caj faedah kepada peminjam. Ini juga membuatkan peminjam tidak berasa tertekan dan
Selain daripada itu, peniaga merasa amat gembira kerana mereka mempunyai tempat yang sesuai bagi memohon pinjaman tambahan dalam jumlah yang sedikit berbanding dengan perkhidmatan bank dan mikrokredit yang lain yang hanya tertumpu kepada jumlah pinjaman yang besar dan bayaran balik yang tinggi. Akhirnya, masyarakat akan merasakan kurang bebanan bagi meneruskan perniagaan mereka sebelum mereka dapat maju lebih ke hadapan. Ini secara tidak langsung akan mendidik mereka menjadi lebih berdisiplin dan bertanggungjawab.
Program ini juga telah mewujudkan rasa positif terutama kepada golongan muda dan wanita yang ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan atau sampingan. Dengan adanya bantuan niaga dan bantuan kerja dari MiMBAR Selangor dan SKIMSEL yang menyediakan pakej produk dan peralatan sedia ada. Hasilnya, dengan bantuan-bantuan ini ia telah dapat meningkatkan ekonomi peniaga sehingga 70%.
-
Adakah kerajaan bercadang untuk menambah lagi peruntukan dan bentuk bantuan lain?
Bantuan sedia ada akan diteruskan dan sekiranya terdapat tambahan peruntukan dan bentuk bantuan yang lain, ianya akan dikaji terlebih dahulu sebelum diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan oleh pihak Kerajaan Negeri.