Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
192) BANTUAN USAHAWAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Mohon senaraikan usahawan di DUN Selat Klang yang telah berjaya dibantu kerajaan negeri
Kerajaan Negeri tidak mengagihkan bantuan mengikut DUN sebaliknya mengagihkan bantuan mengikut daerah kerana Jabatan / Agensi Pelaksana adalah mengikut daerah seperti Pejabat Daerah / Tanah, Pejabat Pertanian Daerah, Pejabat Veterinar Daerah dan lain-lain lagi agensi. Dun Selat Klang terletak di dalam Daerah Klang dan jumlah usahawan di daerah Klang yang telah berjaya dibantu di sepanjang oleh Kerajaan Negeri di antara 2010 hingga 2014 adalah seramai 1812. Senarai di antara usahawan di Daerah Klang yang telah berjaya dibantu Kerajaan Negeri adalah seperti di Lampiran 1.
-
Berapakah peruntukan untuk tujuan membangunkan usahawan SEHINGGA berjaya di setiap DUN?
Peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri bagi membangunkan usahawan sehingga Berjaya tidak disalurkan mengikut DUN sebaliknya disalurkan mengikut Jabatan dan Agensi. Peruntukan yang telah disalurkan di antara 2012 hingga 2014 adalah sebanyak RM90,134,565.79. Pecahan peruntukan mengikut Jabatan dan Agensi adalah seperti berikut:-
Bil. Jabatan / Agensi 2012 2013 2014 1 UPEN 2,050,000.00 2,200,000.00 2,200,000.00 2
Jab. Perkhidmatan Veterinar 460,000.00
215,000.00
1,450,000.00
3 Jabatan Pertanian
2,050,000.00 1,249,549.79 1,208,046.00 4 PKNS 2,589,560.00 2,595,210.00 3,893,000.00 5 SKIMSEL 26,431,500.00 19,599,950.00 21,942,750.00 Jumlah 33,581,060.00 25,859,709.79 30,693,796.00 -
Bagaimanakah kerajaan membantu usahawan yang mempunyai pelbagai kecenderungan, kekuatan dan kelemahan secara 'customized' atau keperluan usahawan sasar?
Setiap bentuk bantuan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri kepada usahawan- usahawan adalah mengikut kepelbagaian kecenderungan, kekuatan dan kelemaha secara ‘customised’ atau keperluan usahawan sasar. Bantuan-bantuan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri adalah terbuka kepada semua golongan usahawan dan setiap usahawan bolehlah memohon bantuan yang bersesuaian dengan keperluan dan perusahaan mereka. Diantara bantuan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri adalah seperti di Lampiran 2.
LAMPIRAN 2
Bil.
Bantuan
1
Dana Industri Kampung
2
Program Peningkatan Keupayaan Produk
3
Bantuan Promosi
4
Bengkel Mangkin Keusahawanan Diri (MKD)
5
Bengkel Peningkatan Pendapatan / Jualan Melalui Facebook Marketing (Simplified Facebook Marketing)
6
Seminar Peluang Perniagaan (Memborong) Barangan China dan Vietnam
7
Bengkel Penulisan Kertas Kerja Perniagaan (Business Plan)
8
Kursus Pengendalian Makanan dan Kesedaran Halal
9
Program Mudahcara Pensijilan Halal
10
Seminar Inspirasi Usahawan : Usahawan Muslim Professional
11
Taklimat Pembiayaan Perniagaan Agrobank
12
Seminar ASEAN Economic Community
Bil.
Bantuan
13
Seminar Free Trade Agreement (FTA)
14
Taklimat Panduan Mengeksport
15
Pinjaman Perniagaan Khusus Untuk Peniaga Kecil-Kecilan
16
Bengkel Pengurusan Kewangan
17
Bengkel Membina Perniagaan yang Berjaya
18
Bengkel Bijak Mengurus Wang
19
Bengkel Membina Website
20
Bual Biz Santai : Nikmat Rahsia Kegagalan dalam perniagaan
21
Taklimat Produk/Hub Halal
22
Taklimat MeSTI dan Halal
23
Seminar Kenali Karektor Diri
24
Bengkel Kertas Kerja Usahawan
Bil.
Bantuan
25
Taklimat Penerangan Food Safety & Halal Toyyiban
26
Bengkel SMART BIZ
27
Bengkel Penjenamaan Produk /Label/Packaging
28
Kursus Survival Mikro-Niaga
29
Seminar ICT For Growth
30
Bengkel Penyediaan Perakaunan Perniagaan Kecil dan Sederhana
31
Seminar Inspirasi Usahawan: Usahawan Muslim Profesional
32
Bengkel Transformasi Usahawan Niaga
33
Seminar ‘Kenapa Bisnes?’
34
Kursus Imej Profesional dan Etiket Bisnes
35
Kursus Kenali Potensi Diri
36
Bantuan Bahan Binaan dan Naik Taraf Premis
Bil.
Bantuan
37
Khidmat Perundingan
38
Ujiam Maklmal
39
Inkubator Usahawan
40
Penyewaan Premis Niaga
41
VIO