Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

246) Bantuan Untuk Pelajar Luar Bandar

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah bentuk bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dalam usaha membantu pelajar di luar bandar dalam proses pembelajaran dalam talian.

    Bentuk bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam membantu pelajar di luar bandar dalam proses pembelajaran dalam talian adalah:

    1. melalui program Tuisyen Rakyat Selangor modul pembelajaran telah diedarkan kepada semua pelajar secara terus memandangkan liputan internet terhad di kawasan tempat tinggal mereka; dan
    2. modul ini juga diedarkan dalam bentuk PDF iaitu boleh diakses secara offline oleh para pelajar.
  2. Apakah tindakan yang dilakukan bagi memastikan perkhidmatan WIFI Selangor di kawasan luar bandar dapat dinikmati dengan lebih baik.

    Perkhidmatan WiFi Smart Selangor adalah bergantung kepada ketersediaan capaian dan rangkaian penyedia perkhidmatan (Service Provider-SP) yang dilantik. Untuk memastikan mutu perkhidmatan yang terbaik, SMARTSEL bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan dalam memantau dan menyelenggara sistem dan rangkaian supaya mematuhi mutu perkhidmatan (service level) yang telah dipersetujui. Papan pemuka status (status dashboard) dibangunkan dan pemantauan dilaksanakan melalui Pusat Operasi Rangkai (Network Operation Centre – NOC) di bawah kawal selia SMARTSEL yang berada di Bangunan Darul Ehsan. Di samping itu, SMARTSEL sedang membangunkan rangkaiannya dan menjalankan projek rintis melalui kerjasama dengan syarikat pembekal teknologi untuk menjadi pelengkap di kawasan-kawasan yang tiada capaian penyedia perkhidmatan dilantik. Projek rintis ini sedang dilaksanakan di Kuala Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.