Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

139) BANTUAN UNTUK ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam menyediakan facilities OKU dan keluarga mereka

    Sebelum saya meneruskan menjawab soalan dari Ahli Yang Berhormat Kota Anggerik, ingin saya maklumkan bahawa tiada istilah Orang Kelainan Upaya kerana ianya tidak selaras dengan penggunaan Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 yang telah dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008 yang lalu.

    Kerajaan Negeri telah melakukan pelbagai usaha untuk membantu dan menyediakan kemudahan dalam memastikan golongan OKU dan keluarga mereka dapat menikmati dan menggunakan kemudahan fasiliti di Negeri Selangor.

    Di antara kemudahan dan fasiliti yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut :-

    1. Skim Mesra Usia Emas Dan OKU

    Skim ini merupakan salah satu di bawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dengan penyaluran bantuan sebanyak RM2,500.00 yang akan diberikan kepada waris keluarga OKU yang telah meninggal dunia untuk meringankan beban mereka dalam pengurusan jenazah dan pengkebumian.

    1. Skim Mikrokredit OKU

    Membantu golongan OKU yang berpotensi menjalankan perniagaan dengan bantuan modal melalui skim mikrokredit yang ditawarkan sama ada yang tinggal di bandar (MiMBAR) atau pun di luar bandar (SkimSel) dengan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

    1. Penempatan pekerja OKU (Job Placement)

    Kerajaan Negeri masih di dalam perancangan dalam usaha memberikan bimbingan dan latihan kepada golongan OKU lepasan sekolah menengah yang layak untuk meneruskan pengajian di peringkat sijil selama 5 hingga 6 bulan untuk melatih mereka berdikari dan mempunyai pendapatan sendiri.

    4.     Job Coach

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor yang telah menyediakan peluang latihan dan pekerjaan kepada golongan OKU. Ianya berperanan untuk membantu OKU dan majikan membuat penyesuaian kepada bidang kerja dan keupyanaan OKU supaya mereka dapat bekerja dalam keadaan yang selesa dan produktif.

    1. Pelekat Kenderaan OKU

    Menyediakan pelekat kenderaan OKU melalui Pihak Berkuasa Tempatan kepada OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor sebagai kemudahan OKU menggunakan kemudahan di tempat letak kenderaan secara percuma di seluruh Negeri Selangor.

    Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, kemudahan dan fasiliti kepada golongan OKU turut disediakan dengan menyediakan elaun kepada mereka. Pemberian elaun ini dilaksanakan bagi memastikan manfaat ini dapat dinikmati oleh OKU secara optimum dan keluarga mereka. Diantara kemudahan yang disediakan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor adalah seperti berikut :-

    • Elaun Pekerja Cacat (EPC) : 00
    • Bantuan Am : 00
    • Geran Pelancaran : RM2,700.00
    • Bantuan Alat Tiruan / Sokongan
    • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) : 00
    • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar Dan Pesakit Kronik Terlantar (BPT) : 00

    Begitu juga dengan kemudahan perkhidmatan institusi yang disediakan bagi membentuk OKU yang boleh menguruskan diri sendiri dan berdikari sekali gus dapat membentuk jati diri mereka dengan sokongan daripada keluarga. Antara perkhidmatan institusi yang ditawarkan kepada golongan OKU ini adalah seperti berikut :-

    • Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
    • Institusi Penjagaan dan Pemulihan Taman Sinar Harapan
    • Rumah Ehsan, Kuala Kubu Bharu
    • Bengkel Terlindung
    • Pusat Latihan Pemulihan Perindustrian (PLPP) Bangi
    • Khidmat nasihat dan Kaunseling

     

  2. Apakah program-program untuk membawa perubahan kepada OKU ?

    Sama seperti di SUB (a)

  3. Apakah usaha Kerajaan untuk membantu anak OKU di Sekolah dan IPT ?

    Kerajaan Negeri mempunyai inisiatif dengan Persatuan Kebajikan Anak-anak Istimewa Selangor (ORKIDS) dan beberapa NGO lain dalam membantu golongan OKU di sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT). Malah, Kerajaan Negeri juga berhasrat akan mengkaji bagi pelaksanaan yang lebih sistematik.

    (Sumber dari Jawatankuasa Tetap Pendidikan)

Lampiran

Tiada Lampiran.