Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
208) BANTUAN UNTUK MEMBASMI KEMISKINAN BAGI KAUM INDIA
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk membuka tanah pertanian seperti ÒSkim FELDAÓ bagi kaum India miskin untuk membantu membasmi kemiskinan di kalangan mereka pada masa hadapan?
Setakat ini Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk mewujudkan tanah pertanian secara berkelompok atau seperti ”Skim FELDA”. Tetapi Kerajaan Negeri telah mewujudkan program-program yang dapat membantu golongan sasar agar mendapat manafaat dan kehidupan yang lebih sempurna, antara programprogram yang ditawarkan bagi golongan sasar adalah : i. Program Tabung Anak-anak Pekerja Ladang ii. Program Subsidi Bas Sekolah iii. Program Pendidikan Kemahiran Teknikal
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil setakat ini untuk membasmi kemiskinan di kalangan kaum India di Negeri Selangor?
Langkah-langkah yang diambil bagi membasmi kemiskinan dikalangan rakyat di Negeri Selangor adalah mewujudkan program-program yang boleh memberi manafaat dan membantu rakyat Negeri Selangor agar keluar dari kelompok kemiskinan antaranya adalah dengan mewujudkan program seperti:
- Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor
- Program Kerajaan Prihatin
- Program Bantuan Kesihatan
- Program Back to School
- Program Tabung Anak-anak Pekerja Ladang
- Program Subsidi Bas Sekolah
- Program Pendidikan Kemahiran Teknikal
-
Berapakah jumlah wang peruntukan yang telah dibelanjakan setakat hari ini untuk membasmi kemiskinan di kalangan kaum India?
Kerajaan Negeri Selangor tidak menjurus atau memberi fokus khusus kepada mana-mana kaum, setakat ini peruntukkan sebanyak RM 2 juta setiap tahun telah dibelanjakan sejak Pemerintahan Pakatan Rakyat. Berikut adalah pecahan tersebut:
Tahun Peruntukan (RM) 2008 2,000,000.00 2009 2,000,000.00 2010 2,000,000.00 2011 2,000,000.00 Jumlah RM 8,000,000.00 Program-program lain yang ditawarkan antaranya adalah;
Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)
Antara program MES yang telah dilaksanakan bagi Fasa 1 termasuklah program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Bekalan Air Percuma, Hadiah Anak Masuk Universiti, Bantuan Warga Usia Emas, Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) dan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang.
Selain dari itu beberapa program MES yang akan dilaksanakan secara berfasa khusus untuk golongan berpendapatan rendah termasuklah Caruman Takaful bagi OKU/Anak Yatim, Bantuan Kepada Peniaga Muda, Bimbingan Perniagaan Kepada Belia, Bantuan Anak ke Nurseri RM75 sebulan/orang, Bantuan Anak Pra Sekolah RM50 sebulan/orang, Bantuan Mendirikan Rumah Tangga, Elaun Ibu Tunggal, Elaun Khas Suri Rumah dan Bantuan memiliki Kediaman.
Menerusi program-program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dijangka dapat mengurangkan beban rakyat khususnya golongan sasar.