Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
205) BANTUAN SRK CINA, TAMIL, KAFA , SEKOLAH RENDAH AGAMA
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kriteria yang digunakan untuk meluluskan bantuan kewangan untuk setiap permohonan yang diterima?
Kriteria yang digunakan bagi meluluskan bantuan sekolah ini adalah seperti berikut:
- Jumlah pelajar sekolah;
- Keadaan infrastruktur sekolah ia berdasarkan gambar yang dihantar bersama borang permohonan bantuan sekolah;
- Laporan atau maklumbalas yang diberikan oleh Ahli Dewan Negeri kawasan yang terlibat atau wakil semasa mesyuarat penilaian dilaksanakan; dan
- Keperluan dan keadaan semasa
-
Sila nyatakan sebab musabab kenapa tahun ini hanya 1 sekolah cina di daerah kuala Langat terima bantuan sahaja? Sekolah rendah cina yang lain Tidak ada bantuan langsung?
Faktor SJKC yang memohon masih belum mendapat bantuan adalah seperti berikut :
- Sekolah yang telah menerima lebihan bayaran pada tahun 2014 dan tidak mengembalikan bayaran tersebut kepada Kerajaan Negeri tidak akan dipertimbangkan;
- Permohonan dari sekolah-sekolah tersebut masih di dalam kajian oleh Kerajaan Negeri; dan
- Permohonan oleh sekolah yang terlibat tidak dibincangkan di dalam mesyuarat penilaian