Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

311) BANTUAN SKIM TUNAS

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah skop dan perincian skim Tunas?

    Skim Tunas adalah merupakan program bantuan yuran Tadika sebanyak RM50, setiap bulan kepada kanak-kanak Tadika yang layak. Bukan dalam bentuk wang tunai sebaliknya dalam bentuk yuran dan disalurkan terus kepada Tadika yang berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor.

  2. Apakah syarat kelayakan untuk memohon skim ini?

    1. Syarat kelayakan untuk memohon Skim ini adalah seperti berikut :
    2. Warga      Negara      Malaysia      (seperti      yang      tertera      di      MyKad).

    Iaitu :

    • Ibu ATAU Bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
    • ATAU anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
    • ATAU ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Pengesahan bermastautin hendaklah daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal.

    2         Pendapatan seisi rumah RM2,500  ke bawah

    1. Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja.
    2. Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja
  3. Adakah semua pemohon telah menerima bantuan dan bagaimana dengan baki murid yang belum menerimanya?

    Sehingga bulan Februari 2014 sebanyak 5,751 pelajar yang telah layak untuk menerima bantuan SKIM Tunas. Pada bulan Januari 2014, Kerajaan Negeri telah melaksanakan pembayaran kepada 2,466 orang penerima pada bulan Januari, dan sebanyak 5,751 orang penerima bagi pembayaran untuk bulan Februari.

Lampiran

Tiada Lampiran.