Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
137) BANTUAN SIHAT SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meningkatkan had siling bagi bantuan Sihat Selangor dari RM5,000 kepada RM10,000?
Pada masa ini, Kerajaan sedang mempertimbangkan kadar maksimum yang baru bagi kelulusan di bawah Program Bantuan Sihat Selangor.
-
Berapakah jumlah permohonan bantuan Sihat Selangor yang berjaya serta rawatan yang diperlukan mengikut pecahan DUN?
Jumlah permohonan Bantuan Sihat Selangor yang telah diluluskan pada tahun 2018 adalah sebanyak 1,778 permohonan. Pecahan mengikut jenis rawatan adalah seperti jadual berikut, manakala pecahan mengikut DUN adalah seperti di Lampiran yang disertakan.