Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
16) BANTUAN SIHAT SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kelulusan bantuan sihat Selangor mengambil tempoh masa yang lama sehingga 3 ke 4 bulan. keperluan kepada pemohon amatlah diperlukan segera
Permohonan Bantuan Sihat Selangor dibuat melalui atas talian melalui laman sesawang bantuansihat.selangor.gov.my. Setiap permohonan yang telah didaftarkan perlu mengemukakan dokumen sokongan kepada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) yang terdekat atau menghantar terus ke Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, UPEN. Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
1. Salinan kad pengenalan;
2. Surat pengesahan pemastautin (jika perlu);
3. Slip pendapatan atau akuan pendapatan pemohon;
4. Slip pendapatan atau akuan pendapatan pasangan /penjaga;
5. Surat/ laporan/ memo daripada hospital/klinik kerajaan/pusat rawatan dialisis; dan
6. Sebut harga rawatan/peralatan.
Setiap permohonan yang lengkap akan diproses dalam tempoh 20 hari bekerja dan satu surat kelulusan akan dikeluarkan kepada pembekal atau pusat rawatan serta disalinkan kepada pemohon.
Bagi permohonan yang tidak lengkap, satu surat pemakluman akan dikeluarkan kepada pemohon dan perlu dikembalikan semula kepada pihak SPBT, UPEN. Bagi memastikan permohonan mendapat kelulusan dalam masa yang ditetapkan, kerjasama PKM adalah diperlukan untuk memastikan semua dokumen adalah lengkap sebelum dihantar ke pihak SPBT, UPEN. -
Apakah langkah yang di ambil oleh pihak kerajaan untuk mempercepatkan proses kelulusan tersebut?
Sama seperti di SUB(a)