Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

122) BANTUAN SIHAT SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah dana peruntukan BSS akan ditambah memandangkan permohonan dilihat begitu memberangsangkan?

    Sehingga 30 Oktober 2024, jumlah peruntukan yang telah diluluskan bagi Program BSS adalah sebanyak RM2,866,329.65, dengan sejumlah RM1,145,412.46 telah disalurkan kepada panel perkhidmatan BSS. Kerajaan Negeri akan menilai keperluan penambahan peruntukan bagi Program BSS berdasarkan penggunaan peruntukan semasa. Kerajaan Negeri juga akan mengenalpasti langkah penambahbaikan yang boleh dilaksanakan pada program ini agar lebih ramai individu dapat menikmati manfaat Program BSS.

Lampiran

Tiada Lampiran.