Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

73) BANTUAN SIHAT SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan bilangan pemohon Bantuan Sihat Selangor yang berjaya pada tahun 2024, mengikut DUN.

    Permohonan Bantuan Sihat Selangor tahun 2024 yang berjaya mengikut DUN adalah seperti berikut:

     

    No. Dun

    Pemohon yang berjaya

    1. N04 Sekinchan

    2

    2. N09 Permatang

    8

    3. N10 Bukit Melawati

    26

    4. N11 Ijok

    1

    5. N14 Rawang

    89

    6. N16 Sungai Tua

    15

    7. N17 Gombak Setia

    2

    8. N20 Lembah Jaya

    29

    9. N22 Teratai

    6

    10. N23 Dusun Tua

    14

    11. N25 Kajang

    3

    12. N28 Seri Kembangan

    4

    13. N29 Seri Serdang

    21

    14. N30 Kinrara

    37

    15. N31 Subang Jaya

    31

    16. N32 Seri Setia

    7

    17. N33 Taman Medan

    8

    18. N34 Bukit Gasing

    6

    19. N35 Kampung Tunku

    4

    20. N36 Bandar Utama

    2

    21. N37 Bukit Lanjan

    10

    22. N38 Paya Jaras

    1

    23. N39 Kota Damansara

    29

    24. N40 Kota Anggerik

    22

    25. N41 Batu Tiga

    22

    26. N42 Meru

    43

    27. N43 Sementa

    3

    28. N44 Selat Klang

    3

    29. N45 Bandar Baru Klang

    7

    30. N46 Pelabuhan Klang

    73

    31. N47 Pandamaran

    13

    32. N48 Sentosa

    123

    33. N49 Sungai Kandis

    22

    34. N50 Kota Kemuning

    26

    35. N53 Morib

    11

    36. N54 Tanjung Sepat

    14

    37. N56 Sungai Pelek

    23

      Jumlah Keseluruhan

    760

  2. Nyatakan pecahan jenis bantuan dan jumlah peruntukan yang telah diluluskan.

    Berikut adalah perincian pecahan jenis bantuan dan jumlah peruntukan yang telah diluluskan:

     

    No. Bantuan Peruntukan (RM)
    1. Dialisis Buah Pinggang 1,046,580.00
    2. Fisioterapi 10,000.00
    3. Katarak Mata 21,425.00
    4. Pembedahan Kecil 25,774.00
    5. Rawatan Kanser 63,019.00
    6. Lain-Lain Permohonan 278,710.65
  3. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk memastikan golongan kurang celik digital tidak keciciran?

    Untuk memastikan golongan kurang celik digital tidak tercicir, Kerajaan Negeri bersama pihak Selcare Management Sdn. Bhd. selaku Agensi Pelaksana program telah mengambil langkah seperti berikut:

     

    • Program Latihan dan Bimbingan: Pihak Selcare telah mengadakan program-program latihan dan bimbingan serta pameran secara berterusan kepada pihak ADUN, Penyelaras, dan orang awam untuk memastikan golongan yang kurang celik digital dapat memohon menggunakan kaedah secara atas talian;

     

    • Bantuan Teknikal: Penyediaan bantuan teknikal dan sokongan kepada golongan yang memerlukan untuk menangani masalah berkaitan dengan penggunaan teknologi digital. Pihak pembekal perubatan yang telah menjadi panel juga membantu pemohon membuat pendaftaran.

Lampiran

Tiada Lampiran.