Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

19) BANTUAN SIHAT SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah permohonan Bantuan Sihat Selangor yang berjaya serta implikasi kewangan bermula 2019 sehingga kini serta rawatan dan peralatan yang telah diberikan mengikut DUN?

    Kerajaan Negeri menyedari bahawa pembiayaan bagi mendapatkan bantuan dan alatan perubatan boleh melibatkan implikasi kewangan yang besar terutamanya kepada golongan kurang berkemampuan. Justeru, pengenalan program Bantuan Sihat Selangor (BSS) yang dilaksanakan bermula pada tahun 2009 amat membantu dalam hal ini. Untuk makluman Yang Berhormat, jenis bantuan yang diberikan dibawah program BSS adalah seperti berikut:

     

    • Pembayaran rawatan dialisis;
    • Katarak Mata (Pembedahan/ Kanta);
    • Pembedahan Kecil (Kos Pembedahan dan Peralatan Pembedahan;
    • Kanser ( Rawatan Kimoterapi/ Radioterapi/ Pembedahan/ Ubat-ubatan; dan
    • Lain-lain ( Kerusi Roda/ Katil Hospital/ Kaki Palsu/ Alat Pendengaran/ Ubat-Ubatan/ Peralatan dan Lain-lain yang berkenaan dengan perubatan.