Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
111) BANTUAN SIHAT SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bolehkah peruntukan Peduli Sihat ADN digunapakai untuk pendaftaran Bantuan Sihat Selangor?
Program Skim Insurans Peduli Sihat (SIPS) adalah program yang berbeza dengan Program Bantuan Sihat Selangor (BSS) dan syarat-syarat kelayakan bagi kedua-dua program juga berbeza. Oleh yang demikian, permohonan bagi BSS hendaklah dilakukan di secara atas talian menggunakan medium www.bantuansihat.selangor.gov.my sahaja.
-
Bolehkah sistem pendaftaran Bantuan Sihat Selangor juga dilakukan secara manual bagi memudahkan pemohon untuk mendaftar bagi mereka yang tidak mempunyai jalur lebar dan komputer?
Buat masa ini, pendaftaran BSS hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja memandangkan kesemua borang perlu dimuat turun selepas pemohon mengisi maklumat permohonan. Namun yang demikian, sekiranya pemohon tiada akses internet, disarankan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN membantu pemohon melengkapkan permohonan. UPEN melalui Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan (SPBT) turut menyediakan ID pengguna dan kata laluan kepada setiap PKM untuk memudahkan urusan dan semakan permohonan.
-
Bolehkah permohonan Bantuan Sihat Selangor dibuka sepanjang tahun agar dapat dimanfaatkan oleh rakyat yang memerlukan tanpa menunggu selang waktu pada setiap hujung tahun?
Untuk makluman Yang Berhormat, permohonan BSS adalah dibuka bermula Januari sehingga Oktober pada setiap tahun kalendar. Permohonan ditutup pada bulan November dan Disember adalah bagi membolehkan akaun dikemaskini dan memproses tuntutan-tuntutan daripada pembekal BSS. Namun yang demikian, sekiranya terdapat keperluan mendesak, pemohon boleh menghubungi SPBT, UPEN untuk pertimbangan permohonan.