Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
161) BANTUAN SIHAT
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan jenis bantuan yang di tawarkan dan huraikan sambutannya di kalangan orang ramai.
Kerajaan Negeri telah memperkenalkan satu program iaitu Program Bantuan Sihat Selangor, di mana bantuan kewangan akan diberikan kepada pemohon yang layak bagi menampung kos rawatan kesihatan yang tinggi. Pada tahun 2017, sebanyak RM5.5 juta telah diperuntukkan bagi meringankan beban kos rawatan yang ditanggung oleh rakyat. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM5 juta telah dikhususkan untuk menampung kos rawatan dialisis kepada pesakit yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang dan selebihnya untuk lain-lain jenis bantuan kesihatan. Di antara bantuan kesihatan yang ditawarkan di bawah Program Bantuan Sihat Selangor adalah seperti berikut :
- Bantuan katarak mata;
- Bantuan pembedahan kecil;
- Bantuan pembelian kaki palsu; dan
- Bantuan alatan kesihatan termasuk lampin pakai buang dan susu.
-
Senaraikan jumlah penerima bantuan mengikut DUN dan jumlah yang diterima masing-masing.
Bagi tahun 2017, jumlah penerima yang telah diluluskan sehingga 20 Julai 2017 adalah seramai 255 orang penerima dan melibatkan peruntukan sebanyak RM773,268. Pecahan mengikut Dewan Negeri adalah seperti jadual berikut: