Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
196) BANTUAN SELANGOR BANGKIT DUN TAMAN MEDAN
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah permohonan Bantuan Selangor Bangkit bagi kawasan DUN Taman Medan?
Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, Pejabat Daerah dan Tanah Petaling telah menerima sejumlah 1,363 permohonan untuk mendapatkan Bantuan Selangor Bangkit (BSB) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan.
-
Berapakan jumlah yang telah diluluskan dan diperolehi oleh penerima setakat ini?
Sehingga 01 Mac 2022, 1,083 Ketua Isi Rumah (KIR) DUN Taman Medan telah menerima BSB berjumlah RM1,000.00 bagi setiap KIR.
-
Bilakah jangkaan penerimaan oleh baki pemohon yang telah diluluskan?
Bagi permohonan yang telah diluluskan tetapi belum dituntut, pemohon telah dihubungi melalui panggilan telefon pada 01 Mac 2022 untuk hadir ke Pejabat Daerah dan Tanah Petaling bagi menuntut BSB selewat-lewatnya pada 04 Mac 2022. Pemohon yang gagal menjawab panggilan telefon pula telah dihantar Khidmat Pesanan Ringkas atau SMS melalui nombor telefon Bilik Gerakan Bencana Daerah Petaling di nombor 011-5139746