Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

6) BANTUAN SELANGOR BANGKIT

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah penerima bantuan Selangor Bangkit Setakat ini? Perincikan mengikut Daerah

    Sehingga 7 Mac 2022, seramai 115,852 Ketua Isi Rumah (KIR) telah menerima RM1,000.00 Bantuan Selangor Bangkit (BSB) setiap KIR dan seramai 14 waris mangsa yang meninggal dunia telah menerima bantuan RM10,000.00 setiap waris. Perincian penerima mengikut daerah adalah seperti berikut :

  2. Selain bantuan BSB, adakah ada bantuan tambahan yang akan diberikan kepada mangsa banjir?

    Selain bantuan BSB, Kerajaan Negeri juga memperkenalkan inisiatif pembaikan kediaman, bantuan segera kerja-kerja pembersihan, menyelaras bantuan dari Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), kerja-kerja pembaikan infrastruktur awam serta menyelaras bantuan-bantuan daripada Kerajaan Persekutuan bagi meringankan beban mangsa banjir.

Lampiran

Tiada Lampiran.