Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

32) BANTUAN SEKOLAH SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan sekolah dan peruntukan diterima bawah program Bantuan Sekolah Selangor di kawasan DUN Rawang pada tahun 2022.

    Pada tahun 2022, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM394,000.00 bagi membaiki dan menaiktaraf sekolah-sekolah di DUN Rawang melalui program Bantuan Sekolah Selangor seperti berikut:

     

    BIL NAMA SEKOLAH PERUNTUKAN
    1 Sekolah Rendah Islam Az Zahra RM30,000.00
    2 Sekolah Rendah Integrasi  Teras Islam Rawang RM20,000.00
    3 Maahad Tahfiz Huzaifiyyah RM40,000.00
    4 SRA Bandar Country Homes RM20,000.00
    5 SK Taman Tun Teja RM18,000.00
    6 SMK Seri Garing RM8,000.00
    7 SMK Tun Perak RM13,000.00
    8 SJKC Kota Emerald RM60,000.00
    9 SJKC Chap Khuan RM40,000.00
    10 SJKC San Yuk RM60,000.00
    11 SJKT Rawang RM85,000.00
    JUMLAH KESELURUHAN RM394,000.00
  2. Adakah kerajaan akan menambah peruntukan bagi program ini setelah membuka permohonan ini kepada SK dan SMK?

    Bermula tahun 2022, peruntukan keseluruhan bagi program Bantuan Sekolah Selangor telah ditambah dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM26.5 juta berbanding RM26 juta pada tahun 2021. Kerajaan Negeri turut memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta daripada jumlah tersebut bagi kategori Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan melalui program Bantuan Sekolah Selangor bermula pada tahun 2022. Buat masa ini, Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk menambah peruntukan tersebut. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri bersedia menimbangkan cadangan ini pada masa hadapan jika terdapat keperluan untuk menambah peruntukan serta kedudukan kewangan Kerajaan Negeri mengizinkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.