Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

63) BANTUAN SEKOLAH RAKYAT

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah sebarang pertambahan peruntukan terbaru bagi Sekolah Agama Rakyat yang lebih banyak jumlahnya?

    1. Tidak ada sebarang pertambahan peruntukan terbaru bagi Sekolah Agama Rakyat pada tahun
  2. Bagaimanakah pengagihan wang akan dibuat bagi tahun ini?

    1. Pengagihan wang bagi tahun ini adalah menggunakan cek dan agihan akan dibuat melalui Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Negeri Selangor (ADUN) mengikut sekolah- sekolah di kawasan masing-masing.
  3. Adakah sebarang perubahan prosedur bagi sekolah-sekolah rakyat tahun ini?

    1. Perubahan tersebut ialah pemohon hendaklah mendapatkan ulasan dan pengesahan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Negeri Selangor (ADUN) di kawasan masing-masing sebelum menghantar borang yang telah lengkap diisi kepada pihak urus setia.

Lampiran

Tiada Lampiran.