Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

183) BANTUAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan pecahan bentuk bantuan yang diterima oleh SAR daripada jumlah peruntukan diberikan oleh Kerajaan Negeri?

    Bentuk bantuan yang diberikan kepada Sekolah Agama Rakyat adalah seperti berikut :

    1. Bantuan baikpulih infrastuktur sekolah dengan peruntukan sebanyak RM6 juta bagi setiap tahun; dan
    2. Bantuan dari pelaksanaan program pemantapan akademik, kursus pemantapan guru dan aktiviti pelajar dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM150,000 setahun.
  2. Nyatakan SAR yang telah menerima bantuan tersebut mengikut kawasan parlimen dan apakah bantuannya?

    Senarai SAR yang telah menerima bantuan berdasarkan kawasan Parlimen adalah seperti yang dilampirkan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.