Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

32) BANTUAN RUMAH KERAJAAN PRIHATIN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah permohonan bantuan rumah kerajaan prihatin yang diterima bagi daerah Klang bagi tempoh 2008 hingga 2010. Berapakah permohonan yang berjaya dilaksanakan bagi tempoh tersebut

    Kerajaan Negeri telah menerima 265 permohonan bagi daerah Klang bagi tempoh 2008 hingga 2010. Permohonan yang berjaya bagi daerah Klang bagi tempoh tersebut adalah seperti berikut:

     

    Tahun/ Kelulusan Bina Baru Baik Pulih
    2008 20 10
    2009 31 13
    2010 14 9
    Jumlah 65 32

     

Lampiran

Tiada Lampiran.