Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
16) BANTUAN RUMAH KERAJAAN PRIHATIN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah rumah bantuan kerajaan prihatin yang telah diduduki dan masih dalam pembinaan mengikut daerah?
- Selaras dengan dasar Kerajaan Negeri Selangor, Program Kerajaan Prihatin telah diwujudkan bertujuan untuk menjaga kebajikan dan membantu golongan miskin yang tidak mampu untuk menyediakan sendiri tempat tinggal / kediaman yang sempurna bagi memiliki sebuah kediaman yang selamat dan
Bermula dari tahun 2008 sehingga 2015, Kerajaan Negeri Selangor telah membantu golongan tersebut untuk membaikpulih dan membina baru sebuah rumah. Penerima bantuan di bawah program ini dapat dipecahkan mengikut daerah masing – masing di Negeri Selangor dengan jumlah Klang sebanyak 181 penerima, Petaling 61 penerima, Kuala Langat 200 penerima, Hulu Langat
84 penerima, Sabak Bernam 240 penerima, Kuala Selangor 259 penerima, Gombak 106 penerima, Hulu Selangor 8 penerima dan Sepang 97 penerima. Jumlah keseluruhan penerima bagi Bantuan Bina Baru dan Baikpulih dari tahun 2008 sehingga 2015 adalah sebanyak 1316 penerima.
Manakala bagi rumah bantuan bina baru dan baikpulih yang masih dalam pembinaan mengikut daerah adalah seperti berikut:
BIL DAERAH JUMLAH 1. Gombak 5 2. Hulu Langat 7 3. Klang 11 4. Hulu Selangor 3 5. Petaling 7 6. Sepang – 7. Sabak Bernam 12 8. Kuala Selangor – 9. Kuala Langat 11 JUMLAH KESEURUHAN
56 -
Nyatakan jumlah penerima mengikut pecahan kaum dari tahun 2013-2015?
Jumlah permohonan yang telah diluluskan bagi bina baru dan baikpulih rumah di bawah Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin daripada tahun 2013 sehingga 2015 adalah berjumlah 372 penerima. Pecahan penerima mengikut kaum adalah masing – masing dengan Melayu sebanyak 311 penerima iaitu 83.6%, Cina sebanyak 25 penerima iaitu 6.72% dan India sebanyak 36 penerima iaitu 9.7%. Permohonan yang diterima dan diluluskan adalah berdasarkan permohonan yang disyorkan oleh Pejabat Daerah Dan Tanah yang