Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
55) BANTUAN RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM (RIBI)
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Kamri Bin Kamaruddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan jumlah peruntukkan yang telah disalurkan kepada RIBI Bukit Antarabangsa dari 2018 sehingga 2023? Mohon perincian.
Peruntukan bagi bantuan Rumah Ibadat Selain Islam adalah bukti Kerajaan Negeri Selangor meraikan kepelbagaian institusi keagamaan di Negeri ini. Bagi DUN Bukit Antarabangsa, penyaluran peruntukan ini adalah seperti berikut:
RISI TAHUN 2018 (RM)
2019 (RM)
2020 (RM)
2021 (RM)
2022 (RM)
2023 (RM)
TOKONG 88,200.00 168,200.00 131,000.00 12,000.00 95,000.00 80,000.00 KUIL 120,000.00 90,000.00 75,000.00 30,000.00 70,710.00 65,000.00 GEREJA 0.00 5,000.00 0.00 8,000.00 3,000.00 19,000.00 GURDWARA 75,000.00 20,000.00 0.00 0.00 0.00 11,424.00 JUMLAH (RM) 283,200.00 283,200.00 206,000.00 50,000.00 168,710.00 175,424.00 Lebih daripada 100 buah RISI di sekitar DUN Bukit Antarabangsa telah menerima manfaat peruntukan ini bagi tujuan naik taraf infrastruktur sedia ada serta kelas-kelas agama yang dijalankan oleh RISI tersebut.