Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

17) BANTUAN RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM (RIBI)

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah Dana yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri untuk pembangunan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) khususnya kuil Hindu?

    1. Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMKN) ke 4/2019 yang diadakan pada 15 Februari 2019 yang telah disahkan oleh MMKN ke 5/2019 pada 20 Februari 2019 telah menimbang dan meluluskan pembahagian peruntukan hal ehwal selain Islam di bawah Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam bagi tahun 2019 seperti berikut :

     

    Bersetuju agar pembahagian bagi setiap kategori agama adalah mengikut peratusan penganut Selain Islam Negeri Selangor iaitu seperti berikut (Jadual 1) :

     

     

    Agama Penganut (%) Peruntukan (RM)
    Buddha, Tao dan Lain-lain 60.47 3,628,200.00
    Hindu 28.75 1,725,000.00
    Kristian 9.42 565,200.00
    Sikh 1.36 81,600.00
    Jumlah Keseluruhan 6,000,000.00

    Jadual 1

  2. Berapakah jumlah kuil Hindu yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri?

    Mulai Januari 2019 – September 2019, Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam telah menyokong sebanyak empat (4) tapak rumah ibadat selain Islam (Kuil) untuk tujuan pewartaan, manakala bilangan terkini permohonan pewartaan bagi kuil Hindu yang masih berada di dalam pertimbangan Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam adalah sebanyak 13 permohonan

Lampiran

Tiada Lampiran.