Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
107) BANTUAN RM 1000 KEPADA SURAU SEMPENA BULAN RAMADHAN
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah pihak JAIS akan menaikkan nilai bantuan yang lebih tinggi mengikut keadaan surau?
JAIS tiada cadangan untuk menaikkan jumlah peruntukan moreh kepada surau memandangkan kenaikan sumbangan daripada RM400 kepada RM1000 baru sahaja dilaksanakan iaitu mulai tahun 2012.
-
Adakah bantuan tersebut akan diserahkan melalui ADUN?
Bagi mempercepatkan proses penyerahan dabn mengelakkan kesilapan semasa pengeluaran cek di samping menjimatkan kos pemprosesan, pihak JAIS menetapkan penyerahan sumbangan tersebut dibuat melalui EFT (Electronic Fund Tranfer) terus ke dalam akaun masjid dan surau. Walau bagaimanapun YB. Adun boleh melaksanakan majlis simbolik penyerahan surat pembayaran EFT di DUN masing-masing dengan merujuk kepada PAID bagi penyerahan kepada surau dan DUN masing-masing.