Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

250) BANTUAN RIBI

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah sebarang pemindahan kriteria yang dibuat oleh jawatankuasa RIBI bagi tujuan permohonan?

    Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam menggunapakai Garis Panduan Berhubung Hal Ehwal Selain Islam dan Peranan Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam Negeri Selangor untuk penyaluran bantuan kewangan kepada Rumah Ibadat selain Islam di Negeri Selangor. Pemindahan kriteria akan dilakukan apabila terdapat cadangan penambahbaikan dan cadangan tersebut akan diangkat untuk mendapatkan kelulusan MMKN terlebih dahulu. Garis Panduan terkini telah menetapkan seperti berikut :

     

    • Peruntukan kewangan yang akan diberikan kepada setiap bangunan keagamaan adalah bergantung kepada jumlah peruntukan semasa yang diluluskan oleh kerajaan

     

    • Bantuan kewangan akan diberikan kepada bangunan keagamaan bagi tujuan berikut:

     

    • Baik pulih bangunan keagamaan sedia ada;
    • Sumbangan bagi tujuan pemindahan bangunan keagamaan yang dirobohkan; dan
    • Pendidikan keagamaan.
    • Pembelian peralatan bagi tujuan mengadakan kelas-kelas agama. (Selaras dengan keputusan MMKN ke 30/2009 bertarikh 9.2009)

     

    • Kaedah pemberian bantuan kewangan kepada bangunan keagamaan selain Islam di Negeri Selangor diluluskan berdasarkan tujuan permohonan :-

     

    • a) Bagi tujuan pendidikan keagamaan dan pembelian peralatan bagi tujuan mengadakan kelas-kelas agama boleh mengecualikan syarat bahawa pemohon mesti mempunyai status tanah yang sah.
    • Bagi tujuan baik pulih bangunan keagamaan sedia ada dan sumbangan bagi tujuan pemindahan bangunan keagamaan yang diroboh perlu mematuhi syarat bangunan keagamaan yang berdaftar Jabatan Pendaftaran Pertubuhan atau mempunyai status tanah yang
    •  
      • Bantuan diberikan hanya untuk tujuan pengurusan rumah ibadat dan bukannya bertujuan untuk pembesaran rumah ibadat. (MMKN ke 22/2011 bertarikh 22.6.2011) dan Peruntukan perlu dipohon melalui wakil rakyat tempatan.
  2. Siapakah Ahli panel yang dilantik untuk membuat keputusan meluluskan peruntukan?

    Ahli Panel terdiri daripada 3 orang Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) iaitu

    Y.B. Dato’ Teng Chang Khim, Y.B. Tuan Ganabatirau a/l Veraman dan Y.B. Puan Elizabeth Wong.

  3. Nyatakan jumlah kelulusan setiap kategori RIBI pada tahun 2014 hingga Jun 2015 bagi daerah klang Dan kuala Langat

    Kelulusan bantuan kewangan Rumah Ibadat Selain Islam Tahun 2014 bagi daerah Klang dan Kuala

     

    BIL. JENIS RUMAH IBADAT KLANG (RM) KUALA LANGAT (RM) JUMLAH (RM)
    1. TOKONG 346,000.00 255,900.00 601,900.00
    2. KUIL 180,000.00 60,000.00 240,000.00
    3. GEREJA 70,000.00 15,000.00 85,000.00
    JUMLAH 596,000.00 330,900.00 926,900.00

     

    Kelulusan bantuan kewangan Rumah Ibadat Selain Islam bagi daerah Klang dan Kuala Langat sehingga Jun 2015.

     

     

    BIL.

     

    JENIS RUMAH IBADAT

     

    KLANG (RM)

     

    KUALA LANGAT (RM)

     

    JUMLAH (RM)

    1. TOKONG 378,600.00 67,500.00 446,100.00
    2. KUIL 294,000.00 40,000.00 334,000.00
    3. GEREJA 25,000.00 105,000.00 130,000.00
    JUMLAH 697,600.00 212,500.00 910,100.00

     

Lampiran

Tiada Lampiran.