Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
218) BANTUAN RAWATAN DIALISIS
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah perbelanjaan diperuntukan bagi permohonan bantuan ini setiap tahun?
Sejak tahun 2013 sehingga 2016, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM2,622,433.30 untuk bantuan rawatan Dialisis. Berikut adalah jumlah yang diperuntukkan bagi rawatan Dialisis mengikut tahun :
TAHUN JUMLAH BANTUAN (RM) 2013 224,181.90 2014 253,727.30 2015 854,479.00 Sehingga Julai 2016 1,290,045.10 JUMLAH 2,622,433.30 -
Adakah telah dikenalpasti pusat dialisis sediada mencukupi?
Jumlah pesakit Dialisis yang mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan adalah seramai 424 orang. Terdapat 7 buah Hospital yang mempunyai mesin Dialisis iaitu seperti Jadual
HOSPITAL BILANGAN MESIN DIALISIS
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang 30 Hospital Shah Alam 20 Hospital Selayang 38 Hospital Serdang 37 Hospital Ampang 25 Hospital Kajang 22 Hospital Banting 14 JUMLAH 186 Jadual 1: Jumlah Mesin Dialisis di Hospital Kerajaan
Jumlah ini tidak termasuk jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan di pusat rawatan swasta. Bagi pusat rawatan swasta, sebanyak 127 pusat Dialisis berlesen dan mempunyai 980 mesin dialisis.
Kerajaan Negeri telah melantik sebanyak 20 buah Panel Dialisis yang akan memberi rawatan kepada pesakit yang mendapat Bantuan Kesihatan Selangor. Pada tahun 2016, Kerajaan Negeri akan menambah sebanyak 80 buah Panel Dialisis bagi menjayakan Program Panel Dialisis Negeri Selangor. Hanya Panel Dialisis yang dilantik sahaja akan menerima Bantuan Kesihatan Selangor. Panel Dialisis ini melibatkan hampir 90% pusat rawatan Dialisis swasta yang terdapat di negeri Selangor.
-
Apakah pelan tindakan awal bagi menghadapi peningkatan pesakit ini dari segi kewangan, pusat rawatan dan kesedaran pencegahan pesakit ini?
Kerajaan Negeri telah melaksanakan Program Kesedaran kepada masyarakat melalui Program Karnival Sihat Selangor yang dilaksanakan bersama PBT. Program ini memberi kesedaran bahawa awam mengenai kepentingan amalan gaya hidup sihat dan cergas, memupuk amalan bersenam dan beriadah di kalangan masyarakat, membentuk sikap positif dalam kehidupan seharian dan membolehkan masyarakat menjalani pemeriksaan kesihatan percuma. Jadual pelaksanaan Program tersebut adalah seperti Jadual
PBT Tarikh Fokus MBPJ 23 JULAI 2016 CANCER MPS 30 JULAI 2016 DADAH MDHS 13 OGOS 2016 BUAH PINGGANG MPAJ 14 OGOS 2016 TB MDKS 20 OGOS 2016 DIABETES MDKL 27 OGOS 2016 JANTUNG MPK 25 SEPTEMBER 2016 DIABETES MBSA 10 OKTOBER 2016 STRESS MPSJ 15 OKTOBER 2016 PENGURUSAN STRESS MPKJ 16 OKTOBER 2016 DARAH TINGGI/STRESS
MPSP 22 OKTOBER 2016 OBESITI MDSB 30 OKTOBER 2016 PEMAKANAN SIHAT