Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

208) BANTUAN PINJAMAN SKIM PERUMAHAN RAKYAT

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan skim ini kepada peminjam sasaran?

    Kerajaan Negeri mengambil perhatian terhadap kegagalan pembeli rumah kos rendah bagi mendapatkan pinjaman bank. Usaha untuk membantu golongan ini diperluaskan dengan cadangan Skim Pembiayaan Khas Rakyat (SPKR) di dalam peringkat akhir penyelarasan dengan pihak bank.

  2. Nyatakan statistik jumlah pinjaman yang telah diluluskan berbanding jumlah permohonan yang diterima?

    Setakat ini tiada sebarang pinjaman dapat diluluskan dan pemberitahuan kepada pembeli layak tidak dapat dilaksanakan memandangkan Skim Pembiayaan Khas Rakyat (SPKR) di dalam peringkat akhir penyelarasan dengan pihak bank.

  3. Bagaimana skim ini diwar-warkan kepada pengetahuan pembeli yang layak?

    Sama seperti di SUB(a)

Lampiran

Tiada Lampiran.