Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

80) BANTUAN PERUMAHAN KERAJAAN SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan bantuan/inisiatif perumahan yang Kerajaan Selangor sediakan untuk rakyat Selangor.

    Antara bantuan / inisiatif perumahan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri melalui LPHS adalah seperti berikut :

    1. Perumahan Mampu Milik (Rumah Selangorku)

    Dasar Perumahan Rumah Mampu Milik (Rumah Selangorku) Negeri Selangor adalah untuk merealisasikan matlamat Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna bagi memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami.

     

    2. Insentif Galakan Pembinaan Rumah Mampu Milik

    Melalui Insentif Galakan Pembinaan Pasca Covid-19 (Rumah Selangorku Harapan dan Rumah Idaman MBI) yang dilancarkan pada tahun 2020, sasaran penyediaan sebanyak 60,000 unit rumah untuk ditawarkan kepada orang awam bagi tempoh 5 tahun (iaitu dari tahun 2018 hingga tahun 2023) telah mencapai sasaran 100% di mana satu (1) projek bersamaan dengan 2,059 unit telah siap dibina, 18 projek bersamaan dengan 11,784 unit sedang dalam pembinaan dan 38 projek bersamaan dengan 48,245 unit telah memperolehi kelulusan Kebenaran Merancang (KM).

     

    3. Perlanjutan Insentif Galakan Pembinaan Rumah Idaman MBI

    Kerajaan Negeri juga telah meneruskan insentif pembinaan Rumah Idaman MBI yang mana insentif ini telah tamat pada Disember 2023. Dasar ini akan melengkapkan dasar perumahan sedia ada iaitu Dasar Rumah Selangorku 3.0 yang menawarkan rumah pada harga permulaan RM114,750.00 sehingga RM229,500 bagi rumah jenis pangsapuri.

    4.Inisiatif Kerajaan Negeri Berkenaan Pemulihan Projek Terbengkalai

    Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM18 juta ke dalam Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai (TEPAT) Negeri Selangor bagi merancakkan usaha pemulihan projek perumahan terbengkalai. Kerajaan Negeri kini menumpukan penggunaan dana TEPAT yang berbaki RM3.37 juta bagi tujuan membantu menyelesaikan kemudahan infrastruktur projek terbengkalai yang berdaya maju (viable) untuk dipulihkan.

     

    5. Skim Smart Sewa

    Skim Smart Sewa adalah inisiatif dari Kerajaan Negeri Selangor yang ditawarkan khususnya kepada rakyat berpendapatan rendah dikalangan golongan B40 dan M40 untuk menyewa Rumah Selangorku (RSKU) pada kadar berpatutan terutamanya mereka yang belum memiliki rumah. Skim ini menawarkan kepada rakyat Selangor untuk membuat sewa sahaja mengikut tempoh yang ditetapkan dengan kadar sewaan yang tetap dan penyewa mendapat faedah pulangan balik sebanyak 30% daripada jumlah keseluruhan sewaan sebagai deposit membeli RSKU atau rumah baru selepas lima (5) tahun mengikut syarat yang telah ditetapkan.

     

    6. Skim Sewa Milik Selangor

    Insentif program Skim Sewa Milik Selangor ini adalah antara usaha kerajaan untuk menyelesaikan isu pinjaman perumahan. Ianya juga adalah merupakan kesinambungan daripada Skim Smart Sewa yang mana tawaran pembelian unit ini akan dibuka jualan kepada penyewa Skim Smart Sewa. Sehingga kini, cadangan mekanisma pelaksanaan skim ini sedang diperhalusi oleh LPHS bersama Institusi Kewangan bagi memastikan golongan sasaran mendapatkan pemilikan kediaman unit-unit kontra dengan menggunakan wang pengembalian sewaan 30% sebagai bayaran pendahuluan.

     

    7. Skim Selangorku To Ownership atau dikenali sebagai S2-OWN

    Skim ini adalah bermatlamat untuk membantu penyelesaian penempatan semula 249 setinggan PJS  ditawarkan Rumah Selangorku (Jenis A) di PJS 1/56, Petaling Utama, PJS 1, Bandar Petaling Jaya Selatan, Daerah Petaling  yang sukar mendapatkan pembiayaan / pinjaman daripada bank melalui tawaran pembiayaan daripada Kerajaan Negeri melalui Skim Selangorku To Ownership atau dikenali S2-OWN  yang diuruskan oleh LPHS.

     

    8. Skim CERIA

    Skim CERIA (Caring Government For Residents’ Improvement Aid) adalah merupakan bantuan baik pulih pangsapuri berkonsepkan pembiayaan penuh oleh Kerajaan Negeri bagi pangsapuri jenis kos rendah dan perkongsian kos baik pulih bersama penduduk untuk pangsapuri kos sederhana rendah yang membabitkan baik pulih seperti bumbung, lif, tangki air, mengecat bangunan, pagar dan infrastruktur awam.

     

    9. Program Pemberdayaan Komuniti

    Pemberdayaan Komuniti adalah merujuk kepada proses memberikan keterampilan, pengetahuan dan sumber daya kepada suatu kelompok masyarakat agar dapat mengidentifikasi, mengatasi dan meningkatkan kondisi hidup. Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan beberapa program pemberdayaan komuniti khususnya kepada komuniti pangsapuri kos rendah yang rata-rata didiami rakyat B-40 seperti berikut :

    1. Laman Hijau yang melibatkan aktiviti penanaman sayur-sayuran melalui Kebun Komuniti dan mampu menjana pendapatan kepada komuniti setempat;
    2. Program Visualise Education For Strata Community (VESCOM) menawarkan penyelesaian dalam menggiatkan semula asas ekonomi komuniti dan penyebaran ilmu melalui program naik taraf ruang komunal melalui program gotong royong keceriaan ruang yang bermatlamat meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan memberi kemahiran kepada komuniti tentang manfaat sumber alam sekitar yang ada disekeliling mereka;
    3. Program Bandar Berdaya Huni bermatlamat untuk menambahbaik persekitaran sedia ada dan menggalakkan interaksi penduduk setempat bagi menjamin kualiti kehidupan penduduk yang lebih baik;
    4. Program Rewang Komuniti Strata untuk memupuk nilai-nilai murni serta mengangkat potensi yang ada dalam masyarakat daripada pelbagai sudut supaya menatijahkan kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran di kalangan komuniti bandar terutama di kalangan penghuni perumahan bertingkat di Negeri Selangor; dan
    5. Mobilisasi Ekonomi Komuniti Bandar Negeri Selangor (MEKAR) yang bermatlamat memperkasa ekonomi komuniti miskin bandar telah bermula sejak tahun 2022. Program ini mempunya 2 elemen iaitu penubuhan mart/kiosk yang menjual produk makanan keluaran penduduk setempat serta projek keusahawanan sosial ini adalah selaras dengan matlamat Suistanable Development Goals (SDGs) iaitu SDG 1 (membasmi kemiskinan) dan SDG 2 (menangani isu kebuluran dan keselamatan bekalan makanan).
  2. Berapa banyak permohonan bagi Inisiatif Perumahan tersebut dibuat oleh golongan muda berumur 35 tahun ke bawah?

    Antara Skim / Inisiatif Perumahan bagi golongan muda berumur 35 tahun adalah seperti berikut :

  3. Adakah kerajaan bercadang untuk membina perumahan Selangorku atau memberi inisiatif perumahan khususnya di Permatang?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan pembangunan projek perumahan oleh pemaju-pemaju perumahan. Sehingga        31 Januari 2024, terdapat 2 projek dengan 347 unit Rumah Selangorku telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) masih diperingkat perancangan. Namun demikian, sebanyak 4 projek dengan 457 unit Rumah Selangorku sedang dalam pembinaan di Mukim tersebut. Perincian adalah seperti berikut :-

Lampiran

Tiada Lampiran.