Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
8) BANTUAN PERTANIAN OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah jenis bantuan pertanian yang disalurkan kepada petani pasca banjir yang terjejas teruk?
Kerajaan Negeri telah menyalurkan bantuan awal kepada petani pasca banjir yang terjejas teruk sebanyak RM500,000.00 dan bantuan adalah dalam bentuk input pertanian seperti baja NPK 15:15:15 dan baja fertigasi. Di peringkat persekutuan pula, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah mewujudkan dua jenis insentif akibat bencana bagi membantu petani yang terjejas akibat banjir iaitu :
- Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP)
- Bantuan kepada petani/pengusaha di dalam kawasan jelapang padi atau luar jelapang.
- Bantuan berbentuk kewangan dan bukan kewangan (input pertanian) tertakluk kepada kelulusan JK Induk TBTP
2. Peruntukan Pembangunan Semula PRojek Agromakanan (PPSPA)
- Bantuan kepada golongan petani, penternak, nelayan, pertubuhan peladang, pemasar agromakanan, pengusaha akuakultur, pengusaha IMAT (Industri Asas Tani), pengusaha agropelancongan dan persatuan / koperasi berasaskan pertanian yang berdaftar dengan jabatan dan agensi yang berkaitan.
Bantuan bukan kewangan (input pertanian/peralatan/mesin) mengikut nilai kadar yang ditetapkan atau bantuan lain yang bersesuaian dan diluluskan oleh JK Induk PPSPA.
-
Nyatakan kawasan pertanian yang terjejas teruk akibat bencana banjir?
Dalam kejadian banjir yang telah melanda pada bulan DIsember 2021, kebanyakan daerah di Negeri Selangor telah terkesan dan mengakibatkan kerosakan tanaman serta industry asas tani. Kawasan-kawasan pertanian yang paling terjejas akibat banjir adalah seperti berikut:
i) Daerah Sepang (Dengkil, Labu Lanjut, TKPM Sg Blankan, Hulu Chuchuh, Sepang Batu 2, Tanjung Rhu)
ii) Daerah Klang (Johan Setia, Kg.Perepat, Kg Sementa, Jalan Kebun, Meru)
iii) Daerah Kuala Langat (Olak Lempit, Bukit Changgang, Labuhan Dagang)
iv) Daerah Hulu Langat (Dusun Tua, Semenyih, Beranang, Hulu Langat, Sg.Lui)
v) Daerah Sabak Bernam (Parit 8 Sg. Besar)
vi) Daerah Hulu Selangor ( Hulu Bernam)
vii) Daerah Kuala Selangor (ljok)
viii) Daerah Gombak (Batu Arang)
-
Berapakah peruntukan yang telah disalurkan setakat ini?
Kerajaan Negeri telah memberikan bantuan awal kepada seramai 250 orang petani yang terjejas banjir dengan nilai bantuan sebanyak RM500,000.00 Bantuan adalah dalam bentuk input baja kimia NPK dan baja fertigasi akan disalurkan kemudian mengikut Kawasan pertanian terjejas.
Manakala bantuan peringkat persekutuan adalah bantuan Peruntukkan Pembangunan Semula Projek Agromakanan (PPSPA). Peruntukkan ini adalah untuk meringankan beban petani dan usahawan industri asas tani yang terjejas, bagi memulakan atau membangunkan semula projek pertanian. mereka yang musnah atau terjejas akibat banjir. Bantuan ini juga turut diberikan dalam bentuk input, peralatan dan pembaikan infra
Bantuan PPSPA telah disalurkan untuk 28 petani yang terlibat dengan kejadian banjir pada bulan Oktober sehingga November 2021, dimana iumlah peruntukan yang telah disalurkan adalah sebanyak RM202,818.25.
Manakala untuk kejadian banjir besar yang melanda pada bulan Disember 2021 pula melibatkan penyaluran bantuan PPSPA kepada 373 orang petani yang terjejas teruk dengan nilai bantuan adalah sebanyak RM4, 177,953.30. Waran peruntukkan ini diterima pada 18 Februari 2022 dan masih dalam proses tindakan perolehan oleh Jabatan Pertanian Selangor. Berikut adalah perincian bantuan Kerajaan Persekutuan: