Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

112) BANTUAN PERTANIAN KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan bantuan-bantuan pertanian yang diberikan oleh Kerajaan Negeri.

     Kerajaan negeri melalui Jabatan Pertanian menyediakan bantuan dalam bentuk input pertanian, peralatan dan khidmat nasihat. Antara program/projek yang diberikan batuan oleh Jabatan Pertanian adalah seperti berikut:

    • Peningkatan hasil padi
    • Tanaman buah-buahan
    • Tanaman sayuran kontan
    • Tanaman herba dan rempah ratus
    • Industri hiliran/asas tani
    • Lebah madu/kelulut
    • Tanaman fertigasi
    • Tanaman bunga dan hiasan
  2. Berapakah jumlah peruntukkan untuk membantu golongan petani di Selangor pada tahun 2016?

    Jumlah peruntukan bagi membatu golongan petani di Selangor pada tahun 2016 adalah sebanyak RM 13juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.