Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
64) BANTUAN PERTANIAN KEPADA BELIA
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan jenis bantuan pertanian yang telah diberikan kepada golongan belia di Selangor.
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Selangor telah memberikan bantuan kepada belia-belia yang melibatkan diri dalam bidang pertanian melalui pelaksanaan program-program seperti berikut:-
Bil. Program 1 Insentif Agro Generasi Muda 2 Pembangunan Taman Agroteknologi 3 Pembangunan Tanaman Makanan 4 Pembangunan Tanaman Industri 5 Pembangunan Industri Bunga 6 Pembangunan Industri Asas Tani -
Sejauh manakah keberkesanan bantuan tersebut kepada belia?
Melalui pelaksanaan program-program tersebut, sehingga tahun 2015, seramai 1,386 orang belia tani yang mendapat bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Selangor telah berjaya mencapai target purata pendapatan melebihi RM3,000.00 sebulan.