Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
257) BANTUAN PERSEKOLAHAN PERSENDIRIAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah sumbangan peruntukkan Kerajaan Negeri kepada sekolah sekolah persendirian di Negeri Selangor mengikut jenis kategori sejak 2008 - 2023?
Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.
Berdasarkan maklumbalas daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, jumlah sekolah persendirian di negeri Selangor adalah berjumlah 180 buah mengikut kategori seperti berikut:
BIL. JENIS SEKOLAH BILANGAN 1. Sekolah Rendah Akademik 21 2. Sekolah Menengah Akademik 22 3. Sekolah Rendah Agama 16 4. Sekolah Menengah Agama 12 5. Sekolah Menengah Persendirian Cina 4 6. Sekolah Antarabangsa 97 7. Sekolah Ekspatriat 7 8. Sekolah Pendidikan Khas 1 Manakala berdasarkan maklumbalas daripada Jabatan Agama Islam Selangor, jumlah sekolah swasta di negeri Selangor adalah berjumlah 909 buah mengikut kategori seperti berikut:
BIL. JENIS SEKOLAH BILANGAN 1. TAKIS 133 2. SRI 222 3. SRII 120 4. SMI 43 5. TAHFIZ 377 6. PONDOK 14 Direkodkan bagi tempoh 2016 hingga 2023, di bawah Program Bantuan Sekolah Kerajaan Negeri Selangor telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM16,000,000.00 kepada empat (4) buah sekolah persendirian di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor iaitu:
- Sekolah Menengah Persendirian Chung Hua;
- Sekolah Menengah Hin Hua;
- Sekolah Menengah Kwang Hua; dan
- Sekolah Menengah Pin Hwa
Manakala pada tahun 2023, di bawah Program Bantuan Sekolah Kerajaan Negeri Selangor menyalurkan peruntukan berjumlah RM5,739,000.00 setahun kepada 244 buah sekolah persendirian di bawah Jabatan Agama Islam Selangor.
-
Berapakah jumlah sekolah yang mendapat manfaat mengikut jenis kategori tersebut?