Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

182) BANTUAN PENINGKATAN FASILITI SEKOLAH DI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan secara terpeinci bantuan peningkatan fasiliti tersebut.

    Bantuan fasiliti yang disediakan oleh Kerajaan Negeri kepada sekolah-sekolah untuk meningkatkan fasiliti antaranya seperti pembinaan tandas, kantin, tambah baik bangunan sekolah , pembinaan pondok atau kawasan rehat di sekolah, perpustakaan dan sebagainya.

  2. Nyatakan sekolah yang telah menerima bantuan tersebut.

    Sekolah yang telah menerima bantuan tersebut meliputi sekolah-sekolah seperti berikut:

    BIL JENIS SEKOLAH PERUNTUKAN
    1 Sekolah Agama Rakyat RM9,000,000.00
    2 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

    (termasuk Sekolah Menengah Persendirian)

    RM7,000,000.00
    3 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil RM5,000,000.00
    4 Sekolah Mubaligh dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan RM1,000,000.00
    JUMLAH KESELURUHAN RM22,000,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.