Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
113) BANTUAN PENGUSAHA PELANCONGAN
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah bantuan-bantuan yang telah disalurkan kepada pengusaha pelancongan?
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Pakej Prihatin Kita Selangor 2.0 dibawah Strategi 1, Menjaga Kebajikan dan Kelangsungan Hidup Rakyat telah memperuntukkan sebanyak RM2.55 juta bagi Bantuan Kewangan Sektor Pelancongan untuk memastikan pemulihan dan kelangsungan industri pelancongan negeri Selangor pada tempoh pasca Covid-19 akan datang. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor telah melaksanakan 4 inisiatif dibawah Bantuan Kewangan Sektor Pelancongan ini yang dijangka mampu dimanafaatkan secara langsung dan tidak langsung oleh sebahagian besar penggiat industri pelancongan di Negeri Selangor. 4 Inisiatif tersebut adalah seperti berikut :
BIL CADANGAN 1. Geran Bantuan Kewangan Program / Aktiviti Pelancongan Negeri Selangor 2. Baucar pelancongan Negeri Selangor 2.0 3. Program Latihan Pembelajaran Pendigitalan Pelancongan Negeri Selangor Anjuran Tourism Selangor 4. Bantuan Kewangan “One-Off” kepada Persatuan Pelancongan di Negeri Selangor -
Berapakah pengusaha pelancongan terkesan dalam PKP?
Untuk makluman, anggaran sebanyak lebih kurang 2,000 pengusaha perniagaan berkaitan industri pelancongan seperti pengusaha agensi pelancongan dan pengembaraan, penginapan pelancongan (Hotel & Homestay), produk-produk pelancongan, pemandu pelancong dan hos komuniti telah terkesan akibat pelaksanaan dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Maklumat ini diperolehi dari MOTAC dan maklumbalas dari persatuan-persatuan pelancongan yang terdapat di Negeri Selangor.