Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

267) BANTUAN PENDIDIKAN SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan jumlah peruntukan dan bantuan (seperti Tuisyen Rakyat, SIM Card percuma dan lain-lain) yang disalurkan kepada sekolah dan pendidikan sejak 2018.

    Kerajaan Negeri telah memberikan pelbagai bantuan pendidikan antaranya pinjaman pelajaram, biasiswa, pemberian tuisyen percuma, pengagihan sim card secara percuma, penyaluran peruntukan bagi program-program pendidikan dan sebagainya.

    Untuk rekod, sejak tahun 2018, sebanyak RM346,326,071.00 peruntukan yang disalurkan kepada sekolah-sekolah dan para pelajar dengan perincian mengikut tahun seperti berikut:

  2. Berapa jumlah biasiswa dan pinjaman pendidikan yang disalurkan sejak tahun 2018?

    Jumlah biasiswa dan pinjaman pendidikan yang disalurkan sejak tahun 2018 adalah seperti berikut:

  3. Apa rancangan masa depan untuk pendidikan Selangor?

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan telah merancang pelbagai inisiatif untuk dilaksanakan pada tahun-tahun mendatang. Selain mengekalkan program-program sedia ada yang jelas memberi manfaat kepada semua khususnya rakyat Negeri Selangor, Kerajaan Negeri turut akan melaksanakan inisiatif baharu.

    Antara pendekatan yang dilaksanakan ialah bekerja rapat bersama-sama dengan pemegang taruh seperti Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, KEMAS, Kementerian Perpaduan dan JAIS. Program yang memberi fokus kepada memberi akses pendidikan kepada semua pihak tidak terhad kepada tempat.

    Sebagai tambahan, pemerkasaan STEM juga akan diberi fokus sebagai usaha menggalakkan anak-anak di Negeri Selangor untuk terus kreatif dan berinovasi selari dengan pembangunan industri di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.