Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

20) BANTUAN PENDIDIKAN PASCA-SISWAZAH

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membantu anak-anak Selangor yang berminat untuk menyambung pengajian peringkat pasca-siswazah di institusi-institusi pengajian tempatan (IPT) khususnya pengajian di peringkat sarjana (master)?

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri melalui Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) memfokuskan bantuan Pendidikan untuk peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Peruntukan tahunan yang diterima bagi Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor adalah berjumlah RM16.3 juta. Jumlah ini dapat menampung sekitar 1,500 pelajar tajaan baharu untuk pengajian peringkat prasiswazah di IPT dalam negara sahaja. Nisbah kuota yang ditawarkan ini adalah kecil berbanding dengan purata permohonan yang diterima iaitu sekitar 5,000 permohonan setahun. Oleh itu, adalah menjadi dasar semasa Kerajaan Negeri untuk memberi keutamaan bantuan Pendidikan kepada pelajar di peringkat prasiswazah. Walau bagaimanapun, TKWBNS bersedia untuk mewujudkan program bantuan pendidikan kepada pelajar pasca siswazah sekiranya Kerajaan Negeri memberikan peruntukan tambahan khas bagi tujuan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.