Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

4) BANTUAN PENDIDIKAN KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri akan meneruskan bantuan pendidikan kepada SRA, SJKC dan SJKT pada tahun ini memandangkan kebanyakan sekolah tutup kerana pandemik COVID-19? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Program Bantuan masih diteruskan dan kini dalam proses untuk pengesahan di peringkat Yang Berhormat Kawasan Dewan Negeri. Jumlah permohonan yang telah diterima adalah seperti berikut:

    BIL JENIS SEKOLAH JUMLAH
    1. Sekolah Agama Rakyat 462
    2. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 121
    3. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil 101
    4. Sekolah Mubaligh 15
    5. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan 4
    JUMLAH KESELURUHAN 703
  2. Nyatakan cara Kerajaan Negeri mengaudit/memantau projek sekolah di bawah bantuan pendidikan tersebut.

    Kaedah pemantauan yang dilakukan setakat ini adalah melalui laporan bertulis yang dikemukakan oleh pihak sekolah kepada urus setia program. Butiran laporan mengandungi resit perbelanjaan dan aktiviti penambahbaikan yang dilakukan oleh pihak sekolah.

Lampiran

Tiada Lampiran.