Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

202) BANTUAN PENDIDIKAN HUFFAZ

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan bantuan-bantuan kewangan kepada pelajar tahfiz dan mereka yang telah hafiz (isbat) serta perbezaan bantuan tersebut.

    Bantuan-bantuan kewangan kepada pelajar tahfiz ialah pemberian elaun khas yang dibiayai oleh pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan nama bantuan Dermasiswa Huffaz yang berjumlah RM1,800.00 seorang setiap tahun bergantung pada peningkatan juzuk hafalan sebagai satu pengiktirafan atas daya usaha mereka menjaga, memelihara dan mengekalkan hafazan Al-Quran. Ia dibahagikan kepada 3 kategori iaitu hafazan 1 hingga 10 Juzuk, hafazan 1 hingga 20 Juzuk dan hafazan 1 hingga 30 Juzuk.

  2. Berapa ramai penerima sumbangan bagi isbat pada tahun 2024?

    Jumlah penerima ithbat bagi tahun 2024 ialah seramai 976 orang.

  3. Nyatakan penerima sumbangan isbat dalam tempoh 5 tahun dan jumlah sumbangan yang diterima oleh mereka yang layak.

    Penerima Ithbat bagi tempoh 5 tahun adalah seperti pada jadual di bawah :

     

    TAHUN 2019
    KATEGORI PENERIMA BAYARAN (SETAHUN) JUMLAH KESELURUHAN
    1 – 10 JUZUK 108 RM1,050.00 RM113,400.00
    1 – 20 JUZUK 41 RM1,660.00 RM68,060.00
    1 – 30 JUZUK 304 RM2,250.00 RM684,000.00
    JUMLAH PENERIMA 453 RM4,960.00 RM 865,460.00
    TAHUN 2020
    KATEGORI PENERIMA BAYARAN (SETAHUN) JUMLAH KESELURUHAN
    1 – 10 JUZUK PROGRAM ITHBAT HAFAZAN AL-QURAN NEGERI SELANGOR TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN AKIBAT PANDEMIK COVID-19
    1 – 20 JUZUK
    1 – 30 JUZUK
    JUMLAH PENERIMA
    TAHUN 2021
    KATEGORI PENERIMA BAYARAN (SETAHUN) JUMLAH KESELURUHAN
    1 – 10 JUZUK 120 RM1,648.00 197,760.00
    1 – 20 JUZUK 51 RM2,472.00 126,072.00
    1 – 30 JUZUK 314 RM4,120.00 1,293,680.00
    JUMLAH PENERIMA 485 RM8,240.00 RM 1,617,512.00
    TAHUN 2022
    KATEGORI PENERIMA BAYARAN (SETAHUN) JUMLAH KESELURUHAN
    1 – 10 JUZUK 92 RM2,400.00 220,800.00
    1 – 20 JUZUK 41 RM3,600.00 147,600.00
    1 – 30 JUZUK 336 RM6,000.00 2,016,000.00
    JUMLAH PENERIMA 469 RM12,000.00 RM 2,384,400.00
    TAHUN 2023
    KATEGORI PENERIMA BAYARAN (SETAHUN) JUMLAH KESELURUHAN
    1 – 10 JUZUK 195 RM2,400.00 468,000.00
    1 – 20 JUZUK 83 RM3,600.00 298,800.00
    1 – 30 JUZUK 512 RM6,000.00 3,072,000.00
    JUMLAH PENERIMA 790 RM12,000.00 RM 3,838,800.00
    TAHUN 2024
    KATEGORI PENERIMA BAYARAN (SETAHUN) JUMLAH KESELURUHAN
    1 – 10 JUZUK 252 RM1,200.00 302,400.00
    1 – 20 JUZUK 92 RM2,400.00 220,800.00
    1 – 30 JUZUK 632 RM4,800.00 3,033,600.00
    JUMLAH PENERIMA 976 RM8,400.00 RM 3,556,800.00

Lampiran

Tiada Lampiran.