Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
130) BANTUAN PENDIDIKAN ANAK OKU
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membantu anak OKU selepas sekolah menengah rendah atas dan khasnya di peringkat IPT?
Jawapan (a) akan dijawab bersekali dengan jawapan (b) dan (c).
Kerajaan Negeri Selangor sentiasa prihatin dalam menyantuni golongan Orang Kurang Upaya (OKU) terutama golongan Anak Isimewa Selangor (AnIS) tanpa mengira bangsa, agama mahupun kategori umur dan sentiasa menjadi keutamaan di dalam arus pembangunan Negeri dan dizahirkan melalui penyediaan peruntukan di dalam Belanjawan Negeri Selangor setiap tahun. Pelbagai program telah disediakan untuk dimanfaatkan oleh bukan sahaja kepada anak-anak istimewa itu sendiri malah turut memberi manfaat kepada ibu bapa, penjaga, pendidik, sukarelawan dan masyarakat disekeliling.
Dalam usaha untuk membantu anak OKU selepas sekolah menengah, Kerajaan Negeri melalui program Iltizam Anak Istimewa Selangor (AnIS) telah mewujudkan Independent Living Support Centre (ILSC). ILSC menyediakan latihan kemahiran dan penempatan pekerjaan kepada golongan OKU berusia 17 tahun ke atas. Program ini akan dapat membina OKU berdikari dan mampu meningkatkan potensi diri selain menambah produktiviti negara. Setakat ini, seramai 14 graduan telah menamatkan latihan mereka di ILSC.
Terdapat 2 program utama di bawah ILSC yang dilaksanakan bersesuaian dengan keperluan semasa belia OKU iaitu Employment Transition & Work Readiness (ETWR) dan Job Coach (JC) & Disability Equality Training (DET). Employment Transition & Work Readiness (ETWR) ialah program persediaan ke arah kerjaya untuk Murid-Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang memberi pendedahan literasi kerjaya secara praktikal kepada MBPK. Tempat dan kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Rumah Amal Cheshire
- Kursus Jahitan mengendalikan selama 4 bulan. Kursus Teori selama 3 bulan dan Latihan Industri sebulan.
- Kursus Bakeri mengendalikan selama 3 bulan. Kursus Teori selama 2 bulan manakala Latihan Industri sebula
- Infinite Minds Academy
- Pengurusan Pejabat
- Teknologi Digital
- Kecerdasan Buatan (Artifical Intelligence)
Selain itu, ANIS turut melatih sukarelawan dan majikan melalui program Job Coach dan Disability Equality Training (DET) untuk mempersiapkan majikan bagi menerima pekerja OKU. Program Job Coach disediakan bagi mereka yang berminat menjadi jurulatih atau pemantau kepada golongan OKU yang baru memulakan kerja di syarikat luar. Job coach bertanggungjawab menjaga kebajikan dan menggalakkan hubungan baik di antara pekerja OKU dan majikan.
Manakala Program Disability Equality Training (DET) dilaksanakan bagi memberikan pendedahan kepada majikan khususnya anak syarikat Kerajaan Negeri untuk mewujudkan suasana inklusif OKU di tempat kerja. Majikan yang terlibat akan digalakkan mengubah dasar dan amalan syarikat, serta menaik taraf infra bagi memberikan akses kepada OKU bekerja di tempat mereka.
-
Apakah program untuk membawa perubahan kepada OKU khasnya yang berumur 13-21 tahun?

Nyatakan jika kerajaan berhasrat untuk Penempatan Pekerja OKU (Job Placement).