Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

166) BANTUAN PENDIDIKAN

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah jenis bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu pelajar dari keluarga berpendapatan rendah melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi?

    Pada masa ini, Kerajaan Negeri Selangor melalui Tabung Kumpulan Wang Biaisiswa Negeri Selangor (TKWBNS) menyediakan 11 program pembiayaan pendidikan kepada mahasiswa anak Selangor yang menuntut di institut pengajian tinggi. Antara pembiayaan tersebut terdiri daripada Biasiswa, pinjaman boleh ubah dan bantuan secara one off seperti Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT). Bantuan HPIPT ini diberikan sebagai usaha Kerajaan Negeri Selangor membantu pelajar tahun pertama di IPT. HPIPT sebanyak RM1,000 diberikan kepada Anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah yang telah mendaftarkan diri bagi memulakan sesi pengajian di IPTA dan IPTS (yang diiktiraf) di seluruh negara dengan kuota 3,000 pelajar setahun.

  2. Apakah peluang biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar cemerlang dari keluarga B40 dan M40 untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara?

    Pelajar cemerlang dari keluarga B40 dan M40 boleh melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara melalui program berikut.

    • Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor;
    • Biasiswa Selangor BITARA;
    • Program Huffaz Professional; dan
    • Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara.

Lampiran

Tiada Lampiran.