Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
9) BANTUAN PENDIDIKAN
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah bantuan peruntukan pendidikan yang telah diberi oleh kerajaan negeri kepada sekolah-sekolah di daerah Hulu Langat dari tahun 2008 hingga 2012 dengan mengikut sekolah, tahun dan jumlah bantuan?
Bantuan peruntukan pendidikan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada sekolah-sekolah di daerah Hulu Langat dari tahun 2008 hingga 2012 adalah seperti berikut:
Jenis Sekolah Jumlah Bantuan (RM) 1. Sekolah Agama Rakyat (SAR) 1,256,000.00 2. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) 1,745,000.00 3. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) 790,118.00 JUMLAH 3,791,118.00 ***Jumlah bantuan mengikut sekolah, tahun dan jumlah bantuan seperti di Lampiran.
-
Apakah rancangan kerajaan negeri untuk membantu masyarakat minoriti untuk membangunkan pusat pendidikan bahasa ibunda masing-masing seperti pusat bahasa ibunda Punjabi di Selangor?
Kerajaan Negeri menyokong usaha masyarakat minoriti dalam membangunkan pusat Pendidikan bahasa ibunda masing-masing. oleh itu, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan telah memberi sumbangan sejumlah RM 50,000.00 kepada Persatuan Punjabi Education bagi tujuan tersebut.