Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

105) BANTUAN PELAJAR IPT DALAM DAN LUAR NEGARA DARIPADA LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah penerima dan keseluruhan bantuan bagi IPT dalam dan luar negara ini sejak tahun 2017?

    Berikut merupakan jumlah penerima bantuan bagi IPT dalam dan luar negara bagi tahun 2017 (sehingga Jun):

    *BILANGAN PENERIMA DAN JUMLAH BANTUAN BAGI BANTUAN IPT DALAM DAN LUAR NEGARA BAGI TAHUN 2017 (SEHINGGA JUN)

    BIL IPT JUMLAH PENERIMA JUMLAH RM (JUTA)
    1 Dalam Negara 5,544 orang RM37,494,900
    2 Luar Negara 356 orang RM10,388,000

    *Nota: Bantuan ini adalah bagi asnaf fakir, miskin, mualaf dan fisabilillah (luar negara) yang merangkumi bantuan yuran pengajian dan keperluan pendidikan. 

  2. Apakah syarat-syarat kelayakan bagi mendapat bantuan tersebut?

    Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

    BIL KATEGORI ASNAF JENIS BANTUAN  SYARAT UMUM  KELAYAKAN
    1. Fakir & Miskin Bantuan

    Dermasiswa

    Pelajaran (IPT dalam & luar negara)

    1.    Disahkan sebagai anak/tanggungan/asnaf fakir/miskin yang berdaftar dengan LZS pada tahun semasa melalui bancian/semakan/siasatan.

    2.    Telah memohon bantuan melalui Borang Permohonan Agihan Zakat dan mengisi borang dengan lengkap.

    3.    Pelajar melanjutkan pelajaran di IPT

    BIL KATEGORI ASNAF JENIS BANTUAN  SYARAT UMUM  KELAYAKAN
          dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia @ Malaysia Qualifications Agency (MQA)/Kementerian Pengajian

    Tinggi/LZS.

    4. Bantuan yang disalurkan hanya bagi peringkat Matrikulasi/Asasi, Pra Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dan sijil sahaja.

     

  3. Bagaimanakah ditentukan nilai bantuan diberikan kepada seorang pelajar?

    Untuk makluman, bantuan bagi pelajar IPT dalam dan luar negara disalurkan kepada asnaf fakir, miskin dan mualaf di Selangor yang memenuhi syarat-syarat kelayakan ditetapkan berdasarkan kepada Garis Panduan dan Syarat Kelayakan Agihan Zakat.

    Bagi asnaf fakir, miskin dan mualaf, yuran pengajian dibiayai sepenuhnya oleh LZS.

    Manakala bagi penentuan nilai bantuan sara hidup yang disalurkan pula berdasarkan kepada kajian yang dilakukan oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar (lantikan Jabatan Agama Islam Selangor) dengan kerjasama pihak kedutaan dan LZS.

    Nilai bantuan sara hidup ini berbeza mengikut sesebuah negara seseorang pelajar asnaf itu melanjutkan pengajian. Kajian nilai bantuan yang dilaksanakan ini mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Operasi Agihan LZS yang dipengerusikan oleh Mufti Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.