Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

262) BANTUAN PEKEBUN KECIL TERJEJAS BANJIR

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri memperuntukkan bantuan kepada pekebun kecil kelapa sawit yang terjejas pendapatannya akibat bencana banjir?

    Tiada peruntukan bantuan yang disediakan kepada pekebun kecil kelapa sawit yang terjejas pendapatannya akibat bencana banjir oleh Kerajaan Negeri pada ketika ini.

  2. Apakah mekanisma untuk mendapatkan bantuan atau sumbangan bagi pekebun kecil yang terjejas?

    Setakat ini Kerajaan Negeri tiada bantuan khas bagi Pekebun kecil yang terjejas banjir. Walau bagaimanapun, jika ada keperluan perkara ini akan disemak.

Lampiran

Tiada Lampiran.