Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

367) BANTUAN NELAYAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri boleh memberikan bantuan kepada melayan-nelayan di dalam DUN Selat Klang dengan memperbaiki dan membina jeti-jeti untuk memudahkan para nelayan melakukan aktiviti-aktiviti perikanan dan untuk memunggah tangkapan mereka agar lebih selesa dan selamat?

    Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah membina sebuah Kompleks Pendaratan Ikan LKIM Pelabuhan Klang pada tahun 2008 bagi memudahkan nelayan untuk memunggah pendaratan hasil tangkapan mereka dan melakukan aktiviti perikanan dengan selesa dan selamat.

     

    Namun begitu, sehingga kini kemudahan ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh nelayan setempat. Pada masa ini, Kompleks ini digunakan oleh nelayan dari Pulau Ketam untuk mendaratkan hasil tangkapan dan ternakan akuakultur.

     

    Berikut merupakan jeti yang telah dibina oleh LKIM untuk kemudahan nelayan di dalam DUN Selat Klang dan peruntukkan untuk kerja-kerja baikpulih/menaiktaraf yang akan diangkat bagi tujuan pertimbangan/kelulusan pihak LKIM Ibu Pejabat.

Lampiran

Tiada Lampiran.